BERANI MATI KERANA MAYC

Ahmad Ansor Batubara adalah seorang peguam berpejabat di Shah Alam. Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung MAYC dibawah pimpinan Akramsyah Sanusi disamping jawatan yang sedang disandang sebagai Setiausaha MAYC Bahagian Negeri Perak dibawah pimpinan Azmi Ismail.

Jika kita membawa facebook Ansor ternyata sudah banyak dilakukan olehnya untuk menyelesaikan masalaah kepimpinan MAYC yang dipertikaikan oleh kelompok Akramsyah dan Mustapha Mat Arop.

Sebagai seorang yang amat mencintai pergerakan MAYC beliau sanggup lakukan apa sahaja asal dapat menyelesaikan konflict MAYC ini termasuklah berbalah dengan Menteri Belia dan Sukan dan pegawai-pegawai tertinggi Kementerian mengenai berbagai isu.

Dalam satu sms kepada saya dan beberapa orang lain, Ansor telah memberi tahu bahwa Tan Sri SyedHamid sudah memberi tahunya untuk melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masaalah MAYC. Ini temasuk melantiknya sebagai Setiausaha Agung MAYC “backdated ke awal 2009” bagi membolehkannya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada bulan Disember ini secara sah dengan pemilihan JKK yang mengikut peraturan yang dibenarkan.

Jadi pada awal pagi ini Ansor sudah berada dipintu gate kediaman Tan Sri Syed Ahmad di Jalan Setiabakti 3, Bukit Damansara. Kata pegawal rumah Tan Sri sedang bercakap talipon dengan pemanggil dari Saudi. Tetapi setelah berada disitu hanpir dua jam Tan Sri Syed Hamid tidak juga keluar malah telah memanggil polis untuk menyuruh Ansor beredar dari situ. Ansor enggan dengan mengatakan kepada pihak polis bahwa beliau tidak berniat jahat dan disitu hanya untuk mendapatkan tanda tangan Tan Sri Syed Hamid.

Ansor pun meminta saya bercakap kepada pegawai polis disitu dan saya telah memberitahu mereka bahwa Ansor hanya menjalankan tugas untuk mendapatkan tandatangan dan adalah hak dia untuk berada diluar kawasan kediaman sehingga dia dapat menyempurnakan tugasnya. Saya telah memberi jaminan kepada pegawai polis itu bahwa tidak akan berlaku sebarang masaalah dan Ansor akan memberi kerjasama yang baik.

Mulai dari saat itu pegawai polis yang berkenaan turut berada disitu hinggalah sebuah MPV warna hitam dilihat keluar dari rumah tersebut dan saya percaya Tan Sri Syed Hamid sudah beredar dari kediamannya.

Ansor memberitahu saya bahwa dia tidak akan beredar dari situ kerana dia merasakan akan mati jika kerjanya tidak dapat diselesaikan untuk menyelematkan MAYC.

http://www.facebook.com/#!/ahmadansor.batubara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: