ROHANI BUJANG MENINGGAL DUNIA

Bekas Setiausaha Kerja MAYC Pusat, Hajjah Rohani Bujang telah meninggal dunia pada jam 10.45 malam 2hb november dirumahnya di No.42C Jalan Hamzah, Kg Baru, Kuala Lumpur pada usia 65 tahun.

Beliau telah mengidap berbagai penyakit termasuk masalah jantung dan pada 27hb June tahu lalu telah dimasukkan ke Hospital Tawakkal di Kuala Lumpur kerana mengidap penyakit kencing manis.

Dikalangan veteran MAYC yang menziarahi jenazah beliau adalah bekas Presiden MAYC Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Mohd Yusoff Hamid, Setiausaha KVMM Taib Wahab, Dato Yahaya Zakaria dan Maznah Abdullah.

Rohani memulakan kerjayanya dengan MAYC sebagai Kerani am semasa YAM Tunku Abdullah menjadi Presiden dan dilantik menjadi Setiausaha Kerja oleh Tan Sri Sanusi Junid.

Rohani telah mengabdikan diri kepada MAYC sepanjang hayatnya dan telah berkhidmat untuk tiga orang Presiden MAYC.

Jenazahnya telah selamat dikebumikan selepas solat zohor di tanah perkuburan Jalan Ampang.

Sama-samalah kita mendoakan agar rohnya dirahmati Allah swt dan diletakkan dikalangan orang-orang yang soleh. AMIN…………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: