MENYELAMATKAN MAYC

Kerja menyelamatkan sesuatu adalah lebih rumit daripada melindungi sesuatu.Hakikat ini adalah lebih rumit jika dilihat dari sudut masaalah yang dihadapi oleh MAYC.

Kompleks MAYC iaitu Wisma Belia dan Wisma Tunku agak tidak mungkin dapat diselamatkan lagi kerana hutang bank yang sudah tinggi melambung dan hal-hal yang bersangkutan dengan rasuah, salah guna kuasa dan jual beli harta MAYC.

Malangnya hal-hal yang sama sudah amat mempengaruhi situasi di MAYC sekarang kerana individu-individu yang terlibat adalah yang sama serta mempunyai kepentingan yang bertindih-tindih.

Oleh yang demikian amat penting bagi MAYC Kebangsaan pimpinan Akramsyah Sanusi memkirkan bagaimana untuk menghadapi AGM bulan Mach ini sekiranya ia tetap diadakan dan mempastikan semua bahagian negeri dan daerah yang menyokongnya dapat hadir tanpa pendaftaran mereka  dianai-anaikan oleh puak Mustapha Mat Arof.

Puak Mustapha pula akan terus berusaha untuk mempastikan bahawa umur mereka kekal pada paras bawah 40 dan kalau perlu murid-murid sekolah dibawa ke AGM untuk menjamin bilangan korum yang perlu. Mustapha sendiri sudah menjangkau umur 40 tahun bulan ini dan sudah selesai menjalankan tugasnya untuk mempastikan kepentingan Syed Abdul Rahman dan puaknya terselamat dengan imbuhan yang sudah mencukupi buat masa ini.

Terpaksalah sekarang Syed Abdul Rahman  mencari orang lain untuk menggantikan Mustapha untuk menyelamatkan dirinya.

Pendek kata Syed Abdul Rahman yang perlu diselamatkan, bukannya MAYC.

One Response

  1. dengar cite syed rahman turun naik mahkamah tk de pape tindakan pn. asenye tk de pape la tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: