YANG MANA MAHU DISELAMATKAN

Sebagai veteran dari kalangan pemimpin MAYC agar sukar  bagi kita untuk memahami keadaan yang sebenarnya. Soalan yang timbul adalah apakah yang mahu diselamatkan : MAYC atau Kompleks MAYC..

Sebagai seorang ahli perniagaan Dato Azran ingin membantu. Tetapi ini semua tidak lagi akan menjadi isu apabila MAYC itu sendiri terkubur dengan usaha  Syed Abdul Rahman Kuning yang berterusan hingga hari ini untuk menghancurkan MAYC .

Pada mulanya sambutan yang diberikan oleh pimpinan tertentu dalam MAYC agak baik setelah mereka ini mendapat imbuhan yang agak lumayan dari Dato Azran. Walau bagaimanapun penyelesaian  masalah hutang MAYC pada mulanya tidak kelihatan.

Bolehkah kita percaya bahwa:

1. Dato Azran bertujuan untuk membantu MAYC menjelaskan hutangnya dengan bank melalui Danaharta dan juga hutang-hutang kecil dari pelbagai pihak.

2. Setelah mendapat pinjamanm  RM 15 juta dan Danaharta menerima pembayaran RM 12 juta wang selebihnya akan  digunakan untuk menaikkan taraf Wisma Belia dan Wisma Tunku.

3. Benarkah Dato Azran  telah membayar kepada MAYC melalui Setiausaha Agungnya sejumlah RM 1 juta iaitu RM 750,000 pada tahap pertama dan RM 250,000 pada tahap kedua sebagai menyelesaian wang pendahuluan itu.

4. Sanggupkah syarikat Dato Azran  hanya menerima RM 10,000 sebulan untuk menguruskan hal ini dan mampukah membuat pembayaran balek kepada bank sebanyak RM 185,000 sebulan.

5. Benarkah  Syed Abdul Rahman ( yang mewakili pimpinan Tan Sri Syed Hamid) telah menawarkan untuk membeli syarikat Dato Azran dan mengambil alih pengurusan Wisma Belia secara peribadi apabila MAYC ini sudah dapat dikuburkan oleh pimpinan Tan Sri Syed Hamid atau sudah dirancang lebih awal dalam satu perjanjian yang hanya boleh dibuat oleh makhluk syaitan sahaja.

Sekiranya benar maka ini  adalah bercanggah daripada matlamat asal untuk hanya mahu membantu menyelesaikan hutang piutang MAYC dan akan menyerahkan semula Wisma Belia dan Wisma Tunku kepada MAYC.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: