PERSARAAN PERLU DIRANCANG LEBEH AWAL

Malaysian Financial Planning Council (MFPC) telah menyarankan agar rakyat Malaysia merancang persaraan mereka lebih awal.

Vincent Kwo, resident majlis tersebut berkata kebanyakan orang muda tidak ambil peduli tentang persaraan hingga ke saat akhir

Sebagai manusia, katanya kita harus memikirkan tentang kematian diwaktu muda atau diwaktu tua.

“Kita mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengumpulkan wang bagi mereka yang kita tinggalkan sekiranya kita mati muda, katanya di 7th Asian Conference on Pension and Retirement Planning semaam..

Katanya juga jangka hayat kita juga sudah meningkat dan boleh mengharapkan untuk hidup 15 hingga 20 tahun selepas bersara pada umur 60.

Isu yang amat kritikal pada masa ini adalah mengenai merosotnya kesuburan dan kadar kelahiran.

” Orang-orang muda sekarang gemar untuk tidak mempunyai keluarga besar dan pada masa yang sama ibu bapa mereka hidup lebih lama. Sebab inilah kita perlu berjmat untuk simpanan hari tua kita dan tidak boleh lagi berharap kepada anak-anak kita.

Kebanyak kita hanya menyimpan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sahaja dan tidak pula dengan mana-mana institusi kewangan yang lain.

Wang ini biasanya akan kehabisan dalam masa kurang dari 5 tahun selepas kita bersara memandangkan inflasi dan kos sara hidup yang sentiasa meningkat.

Oleh itu rancanglah lebih awal untuk terus hidup dengan selesa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: