APA SEBENARNYA MOTIF KBS

Sejarah telah membuktikan bahwa sudah menjadi motif Kerajaan sejak dulu untuk memecah belahkan gulungan belia supaya angkatan ini tidak menjadi ancaman kepada pemerintah. Ini jelas terlihat apabila Kerajaan menaja penuhuan Kelab Belia 4B ketika pergerakan MAYC berada dikemuncaknya pada awal tahun 70an.

Penubuhan Belia 4B adalah untuk mempastikan saluran peruntukan Kerajaan disalurkan kepada gerakan belia yang menyokong Kerajaan pada waktu itu dan keahliannya juga menjadi anggota UMNO. Walau bagaimana pun terjadi juga perbalahan diantara kelompok pimpinan Tajol Rosli dan Suhaimi Kamaruddin dan pada waktu itu pergerakan belia 4B hampir pupus. Ini dapat diselamatkan oleh Mohd Ali Rustam yang telah menggunakan pimpinan dan pengurusan yang cekap untuk menghidupkan semula Pergerakan Belia 4B hingga ke hari ini.

Maka dari saat itu pergerakan belia ( majoriti Melayu) terbahagi kepada dua iaitu MAYC dan Belia 4B.

Walau bagaimanapun usaha Kerajaan ini tidak begitu berjaya kerana MAYC sudah menjadi pertubuhan yang diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Malangnya usaha ini tidak berhenti disitu sahaja, malah perbalahan yang berlaku diantara pimpinan Akramsyah dan Mustapha Mat Arop memberi peluang kepada Kerajaan yang memerintah untuk memupuskan MAYC. Menteri berkenaan tahu bahwa pimpinan Mustapha Mat Arof boleh digunakan untuk tujuan politiknya. Usaha ini boleh juga membawa kecelakaan bagi karier politiknya.

Kami di KVMM bukan mahu campur urusan MAYC Kebangsaan tetapi amat kesal dengan tindakan Menteri Belia dan Sukan yang tidak memperdulikan tawaran kita untuk membawa kedua belah pihak ke meja perundingan agar campur tangan politik tidak berlaku.

Sama-samalah kita ikuti perkembangan ini selanjutnya.