KLOMPOK PIMPINAN MUSTAPHA MAT AROF SAH.

Sebaik-baik sahaja pintu pesawat Air Asia ditutup untuk berangkat ke Haneda, Jepun membawa 20 orang sukarelawan MAYC ke Sendai, KVMM mendapat berita bahwa Menteri Belia dan Sukan telah memutuskan untuk mengesahkan mesyuarat agung tahunan yang dipanggil oleh JKK pimpinan Tan Sri Syed Hamid Albar.

Ini bererti bahwa JKK pimpinan Mustapha Mat Arof adalah sah dibawah kuasa-kuasa Menteri yang berkenaan. Sungguhpun terdapat bantahan mengenai kehadiran di Mesyuarat Agung tersebut dimana kelab-kelab gabungan yang sah tidak dipanggil ke MAT dan terdapat kehadiran yang meragukan saperti murid-murid sekolah, Menteri telah mengenepikan semua ini diatas sebab-sebab yang boleh kita ramalkan.

Dengan keputusan ini sahlah kepimpinan Mustapha yang amat didukung oleh JKK (bukan belia)  di bawah pimpinan Tan Sri Syed Hamid Albar.

Nasib kepimpinan Akramsyah Sanusi tidak pula diketahui disaat ini. Yang jelasnya ” business as usual” bagi kelompok ini yang akan menganjurkan program RENTAP MINDA Khamis 20hb Oktober 2011 jam 8.30 malam di Dewan Bandaran Ipoh.

Wacana ini akan menampilkan Dato Suhaimi Shahadan Pengerusi KPTM, Mustafa Kamil Ayub, Presiden MAP dan Akramsyah Sanusi yang mewakli Bloggers Malaysia. Azmi Ismail, Pengerusi MAYC Perak akan menjadi moderator dimajlis ini yang akan dirakam ‘live’ oleh beberapa stesen internet dan media sosial yang popular di Malaysia.

KVMM amat terkilan diatas keputusan yang di ambil oleh Menteri Belia dan Sukan diatas isu ini kerana tidak memanggil kedua belah pihak dalam pertikaian ke meja perundingan. Keputusan Menteri ini jelas menunjukkan dasar peribadinya untuk terus memecah belahkan belia dinegara ini.

Mulai dari saat ini terdapatlah dua kelompok MAYC yang akan berbalah untuk beberapa waktu sehingga mesyuarat agung tahunan MAYC yang mesti dipanggil selewat-lewatnya pada bulan Mach 2012. KVMM amat yakin mesyuarat agung ini tidak akan dipanggil kerana tugas JKK ini   hanyalah untuk memupuskan pergerakan MAYC dan segala salah laku dan dosa pihak sebelum ini dapat dikambus dengan baiknya.

KVMM mengucapkan tanhiah kepada klompok Akramsyah Sanusi yang menerima keputusan ini dengan tabah dan yakin mereka adalah pejuang pergerakan MAYC yang sebenarnya.

2 Responses

  1. kesian belia MAYC..pejuang belia tulen dinafikan golongan belia palsu disahkan..apa sudah jadi ?terima kasih veteran kerana menyokong kebenaran ini contoh yang terpuji kepada golongan muda..kepada golongan batil dan pencacai pembodek kamu semua terima kasih atas dosa2 kamu pada belia sekalian,kamu semua pastinya balasan karma kamu pasti tiba..bangkai dosa2 kamu semua berbau busuk merata-rata Allah pasti bersama golongan yang benar…insyaallah..

  2. Kalau team sdr akramsyah disahkan menang, sudah pasti ayat2 hinaan dan perlekeh menteri KBS tidak akan tersiar spt diatas, kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: