MAYC GLOBAL RELIEF 2011

Misi pertama sukarelawan MAYC berangkat ke Jepun petang semalam dengan dianggotai oleh 20 orang ahli MAYC dari seluruh negara. Mengepalai rombongan bantuan ini adalah Saiful Annuar Baig bin Abdullah dari MAYC Pulau Pinang.

Pesawat Air Asia D7 2652 berlepas tepat pada jam 2.40 petang dan tiba di Haneda pada jam 10.30 malam. Rombongan tersebut telah disambut oleh sepasukan relawan dari Jepun yang akan membawa mereka ke satu lokasi di Timur Daya Tokyo, tidak jauh dari Sendai.

Satu majlis melepaskan rombongan ini telah diadakan pada jam 11 pagi di Tune Hotel, berhampiran dengan Terminal Tambang Murah KLIA.

Ketika berucap di majlis tersebut Akramsyah Sanusi, Presiden MAYC Kebangsaan telah meminta rombongan menitikberatkan keselamatan diri semasa berada di Jepun dan sentiasa berusaha menjaga imej negara dan MAYC. Kesempatan ini juga perlu diambil untuk mengadakan hubungan dengan NGO Jepun yang bergerak dalam bidang sukarelawan yang sama.

Turut hadir di majlis tersebut mewakili  KVMM adalah Taib Wahab dan Dato Mohd Yusoff Hamid. Semasa berucap Taib Wahab selaku Setiausaha KVMM mahukan program ini mampan dan mempunyai kesan jangka panjang dan boleh digunakan untuk membantu negara-negara lain yang juga memerlukan bantuan kita. Rombongan diminta untuk menggunakan pengalaman mereka di Jepun untuk menerima rombongan dari luar negara apabila Malaysia sendiri memerlukan bantuan sekiranya berlaku sebarang bencana.

Majlis penyampaian bendera MAYC disempurnakan oleh Taib Wahab dab diterima oleh Ketua Rombongan Saiful Annuar.

Rombongan akan pulang ke Malaysia pada 26 Oktober 2011 jam 6.30 pagi dengan pesawat Air Asia D7 2653

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: