HIDUP SELEPAS BERSARA (3)

Disamping masaalah pembiayaan anak-anak yang masih kuliah, ada juga dikalangan pesara yang mempunyai perbagai piutang dengan berbagai pihak. Ini termasuklah hutang membeli rumah, kereta persendirian atau pembelian sesuatu yang diluar dugaan.

Oleh kerana tidak mempunyai perancangan kewangan yang teliti ada dikalangan kita yang masih mempunyai hutang pada waktu kita bersara. Ini amat merunsingkan terutama sekali apabila kita tidak lagi mempunyai punca pendapatan saperti dahulu.

Memandangkan hal ini perlulah diadakan satu kaedah untuk membolehkan hutang-hutang ini disatukan supaya seseorang pesara itu tidak perlu melompat dari satu bank kesatu bank yang lain untuk membereskan pelbagai hutangnya.

KVMM ingin mencadangkan agar satu kaedah dicari untuk meringankan bebanan pesara yang mempunyai pelbagai hutang supaya mereka dapat melangsaikannya disamping dapat terus hidup sebagai pesara yang amat memerlukan masa untuk beribadah dan berehat bersama keluarga.

Satu dana hendaklah diadakan khusus untuk pesara yang memerlukannya dan ditadbirkan oleh sebuah bank yang amat perihatin tentang hal ehwal pesara. Bank ini juga menerima simpanan dari pesara dengan kadar yang lumayan dan lebih menarik dari simpanan-simpanan yang lain.

 

Bersambung lagi…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: