HIDUP SELEPAS BERSARA

Persoalan yang paling pokok adalah bagaimana pesara itu dapat bebas dari masaalah kewangan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih dibangku sekolah atau di IPTA/IPTS. Mereka memerlukan dana simpanan yang mencukupi untuk menyara pengajian anak-anak ini. Oleh yang demikian amat perlu anak-anak ini mendapat biasiswa atau pinjaman pelajaran untuk meneruskan pengajan mereka.

Oleh yang demikian perancangan lebih awal perlu diadakan untuk mempastikan keperluan kewangan untuk hal ini dapat disediakan sebelum bersara.

Bagi mereka yang berumah tangga pada usia yang agak lewat hal ini menjadi amat rumit apabila mereka bersara dengan anak-anak mereka masih dibangku sekolah. Begitu juga bagi mereka yang mempunyai lebih dari seorang isteri dan mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Oleh yang demikian perlulah dirancangkan hal-hal ini supaya ianya tidak membebankan kita diwaktu kita bersara dan semesti menekmati hasil usaha kita berkhidmat dengan Kerajaan atau swasta.

Kerajaan, malangnya tidak menyediakan sesuatu untuk memudahkan pesara menghadapi hal-hal saperti ini. Cuma baru-baru ini dalam badjet 2012 ada disediakan sedikit kenaikan bayaran pesaraan dan diskaun untuk warga emas yang menggunakan pengangkutan awam saperti LRT dan juga pengecualian dari pembayaran wang untuk dirawat di hospital Kerajaan.

Bersambung lagi esok….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: