HIDUP SELEPAS BERSARA

Bagi mereka yang bekerja disektor awam atau swasta kehidupan selepas bersara harus dirancang dengan baik dan teliti supaya tidak bermasaalah. Bukan sahaja dari segi kewangan sahaja malah yang lebih penting lagi bagaimana untuk meneruskan hidup ini dengan tidak lagi perlu bekerja.

Perkara ini tidak timbul bagi mereka yang bekerja sendiri dan mempunyai usaha yang boleh diambil aleh anak-anak yang sudah dewasa dan berkemampuan.

Dengan wang pencen yang biasanya tidak sama jumlahnya dengan gaji biasa, pesara harus merencanakan berbagai aspek kewangan peribadi supaya tidak berbelanja lebih dari wang pencen atau wang simpanan yang ada. Bagi mereka masih bersemangat untuk terus berusaha, maka wang pencen ini tidak menjadi hal penting kerana mereka mampu menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi dengan mengadakan usaha yang mengguntungkan.

Tetapi jika ini tidak dapat diadakan maka padahlah akhirnya. Berbagai masaalah akan timbul terutama sekali apabila wang EPF digunakan untuk pelaburan itu dan ini. Bagi mereka yang belum pernah berusaha kearah ini walau sekecil mana pun, banyak tunjuk ajar dan bimbingan yang perlu diperolehi untuk mempastikan wang tersebut tidak dileburkan jika tidak dilabur dengan baik.

Pada umumnya tidak banyak yang disediakan oleh Kerajaan untuk menjaga kebajikan para pesara. Oleh itu pesara harus mencari jalan sendiri untuk berjaya.

Bersambung esok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: