PERGINYA SEORANG VETERAN

Steve Job adalah icon bagi industri teknologi masakini. Pemergiannya amat dikesalkan oleh segenap lapisan masyarakat seluruh dunia. Sumbanganya terhadap perkembangan teknologi amat dihargai.

Pada usia 56 beliau masih gigih menghasilkan berbagai produk untuk kemudahan semua lapisan masyarakat terutama sekali gulungan muda.

Steve Jobs, pengasas dan penginovasi yang berwawasan kepada salah satu dari jenama paling berjaya generasi sekarang, meninggal dunia pada hari Rabu setelah gagal melawan penyakit kanser.

Pemergiannya membangkitkan pencurahan emosi di pelbagai rangkaian sosial dan media antarabangsa yang mengingati peneraju inovasi yang berumur 56 tahun itu untuk kreativiti dan wawasannya.

Selain dari mencipta produk-produk yang mengubah hidup seperti iPhone, Apple memulakan satu siri perubahan dalam industri muzik yang pada masa itu sedang bergelut dengan masalah cetak rompak ‘online’ atau dalam talian, yang berleluasa pada awal 90-an.

Dalam usahanya memerangi cetak rompak Apple pada tahun 2003,  memperkenalkan iTunes Music Store yang membenarkan cara muat turun lagu-lagu yang sah. Model perniagaan ini mencabar muat turun muzik yang haram, sebaliknya menggalakkan syarikat-syarikat muzik untuk menandingi mereka dengan secara langsung. Dalam tahun pertama iTunes Music Store, kedai tersebut menjual 25 juta lagu digital , dan menjelang 2006, mencecah jualan sebanyak 1 bilion.

Hari ini, iTunes menjual setiap lagu pada harga US$1.29 (RM4.08), satu langkah yang menunjukkan kemajuan dalam idea membayar, berbanding dengan secara haram memuat-turun muzik. Katalog muzik iTunes mempunyai 5 juta lagu, 350 rancangan TV dan 500 wayang gambar. Dan cukup ganjil, hanya tahun lepas, lagu ke-10 bilion yang dimuat turun dari iTunes telah dilakukan oleh Louise Sulcer, berumur 71 tahun, membuktikan kedudukan Apple sebagai syarikat teknologi untuk pasaran yang merentasi semua peringkat umur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: