SUKARELAWAN KE JEPUN

Ahad lalu Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) melancarkan penghantaran 20 sukarelawan ke Jepun bagi membersihkan wilayah yang terjejas teruk akibat gempa bumi dan tsunami pada Mac lalu.

Presiden MAYC , Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata, mereka akan dihantar ke bandar Ishinomaki di wilayah Sendai bagi kerja-kerja pembersihan kawasan awam.

Menurutnya, para sukarelawan MAYC akan bertolak ke Negara Matahari Terbit itu pada 16 Oktober ini dan akan berada di sana selama 10 hari.

“Kesemua sukarelawan ini akan membersihkan sekolah, dewan orang ramai serta taman permainan yang musnah akibat bencana tersebut menerusi Program MAYC GLOBAL RELIEF: Tsunami Japan 2011.

“Kawasan-kawasan ini tidak pernah dibaik pulih atau dibersihkan sejak bencana itu berlaku kerana Jepun tidak mempunyai tenaga sukarelawan yang mencukupi,” katanya pada sidang akhbar mengenai program berkenaan di sini hari ini.

KVMM mengucapkan tahniah diatas usaha ini dan berpendapat langkah ini adalah jauh lebih bermanfaat berbanding dengan pertelagahan untuk menguasi sekretariat MAYC yang seharusnya boleh ditutup untuk sementara waktu sehingga pertikaian kedua belah pihak ini dapat diselesaikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: