WISMA BELIA DILUPUSKAN

Pada 29 September lalu saya menerima sms yang berbunyi :

Asm. wbt Y Bhg Tan Sri. Didoakan dalam keadaan sihat. Untuk pengetahuan Tan Sri hingga kini tidak seincipun harta MAYC bertukar tangan bahkan ianya telah bertambah. Diharap Tan Sri rasional dan tidak emosional. Hj Abu Bakar Shawkat Ali.

Tentunya sms ini di hantar kepada Tan Sri Sanusi Junid. Ada kemungkinan sms ini dihantar kerana membalas sms yang dihantar oleh Tan Sri kepada Hj Bakar. Apa kandungannya tidak pula diketahui dan kita tidak perlu tahu.

Yang pentingnya sms itu dihantar kepada Tan Sri oleh seorang yang agak tidak faham tentang selok belok pengurusan harta. Bagaimana harta yang sama boleh bertambah adalah sesuatu yang hanya Hj Bakar sahaja yang tahu. Ada kemungkinan nilai harta itu bertambah tetapi bagi Wisma Belia dan Wisma Tunku yang jangka pajakannya semakin susut dari tahun ke tahun tentunya nilainya sudah merosot lebih-lebih lagi apabila harta ini semuanya  sudah dipegang oleh bank melalui Danaharta atau Prokhas Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Kerajaan yang ditugaskan untuk melupuskan semua harta yang masih dicagar kepada mana-mana bank.

Dari segi teknikalnya  Wisma Belia dan Wisma Tunku bukan lagi milik MAYC. Dan MAYC tidak berhak lagi keatasnya. Walau bagaimana pun harta ini boleh diselamatkan jika MAYC dapat membayar sejumlah wang kepada Prokhas untuk menebus semula harta tersebut.

Malangnya hingga hari ini tidak pula kedengaran ada usaha kearah ini . Hanya didengar adalah usaha-usaha untuk menjualnya kepada beberapa pihak oleh pimpinan MAYC di bawah Tan Sri Syed Hamid dan Syed Abdul Rahman Kuning.

Ini bukan soal rasional atau emosional. Ini soal kebenaran.  MAYC, mana-mana klompok sekali pun, tidak berhak untuk menguasai Wisma Belia atau Wisma Tunku. Sekretariat MAYC sudah seharusnya tidak boleh lagi di Wisma Belia. Begitu juga pengurusannya dibawah  Hj Abu Bakar Sahwkat Ali juga tidak sah. Beliau harus meletakkan jawatan dan menyerahkan bangunan tersebut kepada Prokhas. Sekretariat MAYC sudah boleh dibubarkan dan semua kakitangan dari Hj Abu Bakar hingga ke pegawal keselamatan sudah boleh dipecat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: