MENJADI VETERAN DALAM DUNIA TEKNOLOGI

Sebagai vetean kita perlu menjelajah kesan-kesan buruk teknologi. Adakah ianya mengurangkan ‘kemanusiaan’ dikalangan kita??

Kita memang mengalu-alukan penggunaan teknologi, terutama jika digunakan untuk sebab-sebab kebaikan. Bagaimanapun dengan kenaikan alat-alat digital, mereka boleh juga membahayakan wadah sosial pengguna-penggunanya.

Sejak adanya teknologi kita telah menjadi secara semula jadi, responsif kepada berbagai perkara baru’. Kita sudah mula bergantung kepada enjin-enjin carian yang mempunyai semua jawapan yang dicari.

Adakah penggunaan teknologi telah membuat kita kurang bersifat seperti manusia?

Bill Keller dalam penulisannya “The Twitter Trap” dalam New York Times berkata kami memang menuju ke arah tersebut. Rangkaian sosial, menurutnya, menggantikan perbualan sebenar. Keupayaan kami untuk menjalin hubungan dan berbual seperti biasa dengan manusia telah sampai kepada tahap penurunan yang melampau.

Bagi kebanyakan orang dalam lingkungan usia yang lebih muda dari kita, senarai perkara-perkara yang dibuat pada setiap hari adalah seperti berikut:

buka dan semak Facebook, Twitter, E-mel. ‘Log in’, ‘log off’, klik kanan, klik kiri, menjarakkan dan ‘Enter’.

Sampainya pukul 12 tengahari, kita mungkin belum lagi berinteraksi dalam perbualan sebenar, sebaliknya kita telah bercakap dengan rakan-rakan menerusi Whatsapp.

Jadi, apa yang akan lebih membuat kita berasa lebih rugi- jika terpaksa mengalami satu hari tanpa suara saya, atau tanpa apa-apa interaksi dengan teknologi digital? Soalan ini diajukan kepada beberapa orang, dan kesemuanya menjawab ‘teknologi’.

Terutama pada zaman ini, di mana hampir semua interaksi ialah ditakrifkan secara digital, kami telah menyesuaikan diri untuk berkomunikasi melalui medium digital ini. Teknologi mempunyai sifat yang unik yang mana kita berupaya berasa bersama dalam satu kelompok hanya dengan adanya sambungan Wifi yang berdekatan.

“Saya tidak pasti sama ada laman-laman web baru ini benar-benar ‘sosial” kata Keller. “Ada sesuatu yang palsu mengenai kemesraan di Facebook dan sesuatu yang maya tentang interaksi dalam Twitter.” Inovasi sedemikian, dia menerangkan, datang dengan satu harga. “Perkara-perkara yang kami meninggalkan, seperti kerumitan, kesabaran, kebijaksanaan, kemesraan — ini adalah perkara yang sebenarnya penting dalam kehidupan kami.”

Bersetuju dengan kata-kata Keller, kita juga percaya yang teknologi telah menghakis elemen-elemen teras yang membentuk kami sebagai manusia. Teknologi-teknologi ini juga memencilkan kami dari satu sama lain, dengan mudah menghubungi kami kepada orang jauh namun ia merosakkan interaksi dengan orang yang di hadapan kami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: