KENYATAAN AKHBAR MENGENAI FILEM HANTU

Kelab Veteran MAYC Malaysia menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai kesan-kesan negatif terhadap lambakan filem-filem hantu di Malaysia sekarang. Ianya akan mengggalakan kepercayaan karut dan tahyul yang bukan sahaja akan menghambat produktivi rakyat Malaysia malah akan menyumbang kepada gangguan akidah dikalangan orang-orang berugama Islam.

KVMM sedar bahwa penerbitan sesebuah filem amat bergantung kepada pasaran dan kepenontonan. Seorang penerbit filem itu tentunya akan menghasilkan filem-filem yang berpotensi box office supaya pelaburan mereka akan berhasil.

Oleh yang demikian pihak yang berwajib hendaklah menggalakkan penerbitan filem-filem drama masyarakat yang membina bangsa 1Malaysia atau filem-filem hiburan yang dapat mencungkil bakat baru dalam semua bidang hiburan. KVMM berharap Kerajaan akan memandang serius gejala filem hantu ini agar ianya tidak merosakkan industri filem negara.

TAIB WAHAB
Setiausaha Agung
Kelab Veteran MAYC Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: