SEKRETARIAT MAYC JADI REBUTAN

Beberapa hari yang lepas kita telah mendengar atau membaca tentang perebutan sekretariat MAYC di Wisma Belia diantara Ahmad Ansor Batubara, Setiausaha Agung MAYC Kebangsaan dan Mustafa Mat Arof, Presiden MAYC Kebangsaan yang masih kekal tidak sah. Masing-masing kekal dengan pendirian masing-masing iaitu berhak keatas perjalanan sekretariat MAYC.

Setelah berlaku episod membuat laporan kepada pihak Polis oleh Mustafa Mat Arop dan Ahmad Ansor Batubara dipanggil untuk membuat keterangan di Balai Polis Brickfields, pihak yang berwajib telah membuat keputusan bahwa perkara yang berlaku tidak ada unsur-unsur jenayah malah adalah masaalah dalam MAYC yang boleh diselesaikan tanpa campur tangan Polis.

Dengan keputusan ini jelas Ahmad Ansor bertindak mengikut lunas undang-undang yang dia sendiri amat arif tentangnya sebagai seorang peguam.

Tidak puas dengan keputusan pihak Polis itu Mustafa Mat Arof telah mendapatkan bantuan orang atasannya untuk menggunakan kuasa Polis untuk memanggil dan membuat bermacam ugutan kepada beberapa orang pemimpin MAYC pimpinan Akramsyah Sanusi. Ternyata tindakan Mustafa Mat Arof itu tindak langsung memberi kesan apapun kepada pemimpin tersebut kerana mereka sudah terbiasa dengan hal-hal saperti ini.

Cuma amat dikesalkan Mustafa menggunakan kuasa atasannya untuk menakut-nakutkan pihak Akramsyah. Akhirnya dia sendiri menggalah dengan menutup pejabat MAYC untuk seminggu atau mungkin lebih dari itu untuk menggelakkan dari di “cerobohi” oleh pihak Akramsyah. Ini bukan sahaja satu tindakan yang amat bodoh oleh pihak yang sudah amat terdesak, malah ianya menunjukkan bahwa sekretariat MAYC boleh ditutup pada bila-bila masa sahaja dengan memberi gaji buta kepada semua kakitangan. Kita juga boleh mengandaikan bahwa tidak ada sebarang kerja yang patut dibereskan di Ibu Pejabat kerana tidak ada sebarang kegiatan dan mungkin wujudnya sekretariat MAYC tidak lagi relevan.

Jika ini benar, apa perlunya berebut-rebut untuk menguasai sekretariat MAYC jika ianya tidak mengguntungkan sesiapa dan tidak memberi khidmat langsung kepada kelab-kelab gabungan yang rata-rata menyokong pimpinan Akramsyah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: