MEMPERTAHANKAN YANG BUKAN HAKNYA

Mustapha Mat Arof yang sedang mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden MAYC Kebangsaan akhirnya menggalah apabila Polis memberi tahunya bahawa pertikaian yang berlaku dalam MAYC adalah masaalah civil dan tidak boleh dilaporkan sebagai kes jenayah. Kedua belah pihak telah diminta untuk menyelesaikan tanpa campur tangan Polis.

Mustapha Mat Arof telah membuat aduan polis menuduh Ahmad Ansor Batubara, Setiausaha Agung MAYC menceroboh masuk ke sekretariat MAYC awal pagi semalam. Polis telah meminta kedua belah pihak ke Balai Polis untuk diambil keterangan. Satu prosedur yang salah dalam kes-kes civil saperti ini.

Ahmad Ansor dalam laporan balasnya telah merujuk kepada 2 laporan polis yang dibuat sebelum ini yang jelas menunjukkan tidak ada sebarang tindakan diambil polis pihak yang berkenaan kerana mungkin pada waktu itu Tan Sri Syed Hamd Albar, bekas Presiden MAYC masih lagi Menteri Dalam Negeri

Usaha-usaha untuk berjumpa dengan Pegawai Penyiasat Balai tersebut juga gagal kerana sebab-sebab yang boleh kita ramalkan. Pada hakikatnya tiada apa yang pihak Polis boleh lakukan untuk menyelesaikan masaalah ini.

Dengan campur tangan Abu Bakar Shawkat Ali ( kedudukannya dalam MAYC juga boleh dipersoalkan dan jawatan nya sebagai Pengurus Besar Wisma Belia sudah boleh ditammatkan ) akhirnya Mustapha Mat Arof menggalah dan membenarkan Ahmad Ansor terus berada di sekretariat MAYC bagi menjalankan tugasnya sebagai Setiausaha Agung.

Mulai esok sekretariat MAYC Kebangsaan dibawah pimpinan Akramsyah Sanusi akan beroperasi di Tingkat 3 Wisma Belia, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.

Kelab Veteran MAYC bercadang untuk memohon menggunakan Dewan Besar MAYC  bagi satu sessi dialog mengenai masa depan MAYC pada bulan hadapan. Dan bayaran sewa Dewan besar ini akan diserahkan terus kepada Setiausaha Agung MAYC Kebangsaan, Ahmad Ansor Batubara.

2 Responses

  1. kenapa tak haramkan saja mayc pas tu buat mayc baru…kah..kkh…kah…

    • Satu cadangan yang amat elok. Cuma harus kita ingat tentang harta MAYC dan penyalahgunaan wang ringgit MAYC hingga sekarang. Mereka ini semua mesti dibawa kepengadilan kerana merosakkan satu pertubuhan belia kebangsaan dan terus menggunakan wang ahli MAYC hingga ke hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: