WISMA MAYC DI PULAU PINANG

Semasa saya menjadi Setiausaha Kerja MAYC, semua kegiatan perengkat Negeri P Pinang di adakan di pejabat MAYC di Waterfall Garden. Disinilah terletaknya pejabat MAYC Negeri dan semua mesyuarat diadakan disini.

Ada usaha-usaha diwaktu itu untuk mendirikan sebuah asrama MAYC saperti di Wisma Belia, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun pada waktu itu Kerajaan Negeri P Pinang dibawah pimpinan Dr Lim Chong Eu mempunyai perancangan yang berlainan iaitu hendak mendirikan sebuah ” skating-ring”.

Maka tidak beberapa lama selepas itu MAYC menerima surat dari Kerajaan Negeri untuk mengosongkan tanah tersebut dengan ditawarkan sebidang tanah lain berdekatan satu kawasan yang sekarang ini dikenal sebagai “Tapian Gelangang ” atau “Pusat Rakan Muda”. Pada waktu itu MAYC tidak berminat untuk menerima tawaran Kerajaan Negeri kerana sudah amat selesa di Waterfall Garden.

Masalah ini telah berlanjutan dengan tidak ada jalan penyelesaikan mulai dari pimpinan Ahmad Ghani, Ahmad Zanian hinggalah ke Khalid Ibrahim. Pada waktu itu Dato Yeop adalah Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan bersepupu dengan Munit Itam Fajar, Pengerusi MAYC Perak. Dato Yeop sendiri amat memperjuangan pegangan tanah ini kepada MAYC. Dr Koh Tsu Koon pada waktu itu menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri dan bertindak tegas untuk memindahkan pejabat MAYC ketapak yang baru.

Oleh kerana amat tersinggung dengan pendirian Kerajaan Negeri, beberapa tokoh MAYC Negeri telah menyertai pihak pembangkang dalam satu pilihan raya kecil di Pulau Pinang.Dan kemenangan pihak pembangkang inilah yang bermulanya kehakisan pengaruh Barisan Nasional di Pulau Pinang disamping hal-hal lain yang boleh kita ramalkan.

Malangnya hingga hari ini tapak yang menjadi perbalahan di Waterfall Garden menjadi terbiar dan tapak gantian di Minden itu belum lagi diberikan kepada sesiapa. Mengikut Omar Haji Hassan pada mulanya tanah seluas 2 ekar itu adalah paya dalam yang dipenuhi dengan pokok bakau. Tetapi pada hari ini ianya terletak disamping jembatan pulau pinang yang nilainya tentulah 10 kali ganda dari tanah di Wisma Belia, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: