MEMBINA 1 MALAYSIA

oleh :  Wira Malaysia

Apabila Najib menjadikan konsep dan falsafah baru itu sebagai landasan pentadbirannya, ia adalah untuk memberi ‘nafas segar’ kepada barisan Kabinetnya serta menyuntik semangat rakyat untuk sama-sama berganding bahu dengan kepemimpinan negara. ’1Malaysia’ adalah aspirasi untuk memperbaiki, memantap dan memperkasa hubungan kaum bagi memastikan rakyat di negara ini membina dan menjalin persahabatan berasaskan rasa hormat menghormati dan percaya mempercayai.

Di dalam blognya, 1Malaysia, Najib memperincikan nilai yang perlu diamalkan rakyat bagi menjayakan konsep itu.

Katanya di dalam blog, ‘Saya telah mengenal pasti lapan nilai yang tidak saling eksklusif yang saya percaya adalah penting untuk kita semua.’ Nilai itu tidak dijelaskannya sekali gus tetapi berperingkat-peringkat.

Setakat rencana ini disiapkan, Najib sudah pun menghuraikan empat daripada lapan nilai terbabit iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati dan nilai penerimaan. Untuk mengetahui nilai selanjutnya, pembaca disarankan melayari blog berkenaan.

Pada saya, konsep ’1Malaysia’ adalah satu konsep yang merangkumi pakej perpaduan, kemakmuran, pembangunan, keamanan dan keselamatan. Ia kesinambungan usaha kerajaan membina negara-bangsa yang bersatu padu serta memiliki jati diri yang kukuh.

Ia bertujuan memastikan haluan negara benar-benar dapat mencapai keunggulan dan kelangsungan masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bagi memenuhi hasrat Wawasan 2020. Ahli-ahli akademik mungkin boleh melihat dan menghuraikannya sebagai satu konsep sosio-politik yang dapat dihuraikan daripada perspektif sosiologi, politik dan sejarah tanah air.

Kesimpulan, konsep ’1Malaysia’ tidak meminggirkan ciri-ciri asas kenegaraan, perlembagaan, hak asasi dan sifat kependudukan di negara ini. Ia memerlukan anjakan pemikiran politik yang merentasi ideologi untuk melonjakkan wacana agenda nasional. Justeru, seluruh rakyat wajar berpadu tenaga memikul tanggungjawab bersama membina negara-bangsa yang lebih perkasa. Ia tidak wajar dipolitikkan kerana tujuan dan matlamatnya jelas untuk memperkasa negara-bangsa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: