MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARAS MAJLIS IDIL FITRI

Jawatankuasa Penyelaras Majlis Idil Fitri 1423H Kelab Veteran MAYC akan diadakan esok jam 6.00 petang di Ballroom, Kelab DiRaja Selangor, Dataran Merdeka.

Datuk Nasir Safar, Pemangku Presiden Kelab akan turut hadir untuk meninjau persiapan akhir majlis tersebut.

Semua kad jemputan telah diedarkan kepada Pengerusi Penyelaras Kelab Veteran Negeri2 Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu. Tiap-tiap kelab veteran negeri akan menghantar sepuloh orang ahli untuk hadir dimajlis tersebut.

MAYC Kebangsaan dibawah pimpinan Akramsyah Sanusi telah menerima 100 kad jemputan untuk diedarkan kepada semua negeri.

Dato Syed Ahmad Idid, bekas Presiden MAYC ketiga akan hadir dimajlis tersebut. Almarhum Tunku Abdullah, bekas Presiden MAYC kedua dijangka akan diwakili oleh anaknya Dato Seri Tunku Iskandar.

Kelab juga telah menjemput keluarga bekas pemimpin MAYC yang telah meninggal dunia saperti Datuk Shuib Endut, Haji Mohd Said Taib, Mohd Nadzim Yahaya dan Haji Shaharuddin Ramli.

Mesyuarat kali ini akan menyelaraskan aturcara pada malam itu yang akan diadakan pada Selasa 20hb September 2011 jam 8.00 malam di Kelab Diraja Selangor, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: