TAN SRI SANUSI SUDAH KEMBALI SIHAT

Kali terakhir saya cuba untuk menziarahi Tan Sri Sanusi Junid di Subang Jaya Medical Centre adalah pada 10 Ogos yang lalu tetapi keciwa kerana beliau sudah sudah keluar dari hospital untuk pulang kerumah. Butir-butir mengenai pembedahan jantungnya tidak diketahui pada waktu itu.

Semalam saya usahakan lagi untuk menziarahi beliau di kediamannya di Jalan Kemaris 5, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur. Cadangan saya adalah untuk ke sana jam 6.00 petang. Oleh kerana takut keciwa lagi saya sudah sampai di pintu gate kediamannya pada jam 5.30 petang dengan mengendung satu bingkisan Raya dari Dato Abdul Rahman Shariff, teman kami dari Johor Bahru.

Pintu gate rumah terbuka luas, jadi saya terus ke pintu masuk dan disitu saya agak terperanjat melihat Tan Sri sendiri yang menanti ketibaan saya. Beliau menyambut saya dan kami terus duduk di kerusi tamu untuk memulakan bicara.

Dengan kelihatan begitu sihat serta segar bugar, beliau menceritakan semuanya mengenai 21 hari katil hospital dengan “bypass”nya tidak dapat dilakukan. Hanya pembedahan kecil sahaja dijalankan sesuai dengan kemampuannya pada waktu itu.

Sayapun mengambil peluang itu untuk menyampaikan hasrat JKK Penyelaras Majlis Idil Fitri untuk mempersilakan Tan Sri ke majlis kita pad 20hb September akan datang. Setelah berkonsultasi dengan Puan Sri Inah tentang tarikh tersebut didapati bahwa ianya enam hari sebelum tarikh mereka berangkat ke Vienna. Beliau kemudiannya bersetuju untuk hadir dan memberi ucapan pendek pada majlis tersebut.

Setelah 10 minit dengan mantan Presiden MAYC Kebangsaan ini mereka mohon untuk berangkat keluar. Inilah pertama kalinya beliau keluar rumah setelah kembali dari SJMC.

Kata Tan Sri, ” Rasanya macam nak keluar ber-dating” Puan Sri ( pemandu F1) pun masuk ke dalam Volkswagen Passat CC WEJ10 dan diikutinya oleh Tan Sri dengan langkah yang amat berhati-hati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: