KUALA LUMPUR SIAPKAN KEMUDAHAN UNTUK ORANG TUA

Berbanding dengan bandar-bandar lain di Malaysia, Kuala Lumpur merupakan bandar raya utama yang memperlihatkan dengan jelas contoh sebenar kehidupan harmoni berbilang etnik dan kepercayaan. Dalam jangka masa 20 tahun akan datang, DBKL berhasrat meneruskan pencapaian ini untuk mewujudkan satu masyarakat yang berintegrasi dan harmoni serta mempunyai kepelbagaian budaya.
Selaras dengan matlamat untuk mempertingkatkan lagi persekitaran hidup bandar raya, DBKL menggalakkan perpaduan sosial melalui program komuniti dan sosial serta menyediakan kemudahan masyarakat dan rekreasi yang akan menyatupadukan masyarakat melalui perkongsian aktiviti. Melalui kuasa perancangan dan kawalan pembangunan, DBKL juga adalah fasilitator bagi projek kemudahan kerajaan dan swasta yang memberi khidmat kepada masyarakat terutama sekali dari gulungan yang sudah berumur.

Tambahan pula, sebagai pihak berkuasa perancangan bagi Kuala Lumpur, menjadi tanggungjawab DBKL memastikan agar kemudahan masyarakat diagihkan secara adil dan saksama kesemua kawasan dan sektor mengikut keperluan setempat.
Sehingga kini, Kuala Lumpur telah memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembangunan dan seterusnya mewujudkan kemewahan untuk penduduknya. Kini ianya sebuah bandar raya yang telah mencapai tahap membangun dan sewajarnya Kuala Lumpur berusaha untuk mengukuhkan pencapaiannya dengan memperbaiki kualiti hidup warga kota, dengan membangunkan masyarakat berkesedaran sivik, bertanggungjawab dan beridentiti yang boleh dibanggakan oleh masyarakat keseluruhannya.

DBKL akan menerajui pembentukan persekitaran yang selesa dan selamat untuk warga kota di samping membangunkan masyarakat yang lebih prihatin. DBKL juga akan meluaskan lagi bidang tanggungjawabnya terhadap keperluan masyarakat warga tua, cacat dan kurang upaya dengan memberi bantuan sokongan termasuk program sosial dan memperbaiki keperluan infrastruktur supaya mereka lebih berinteraksi dengan kehidupan Bandar Raya.

Masyarakat yang lebih maju dan sofistikated lebih terdorong kepada seni dan kebudayaan serta perkembangan persekitaran kebudayaan adalah penentu kepada tahap bandar raya yang bertaraf dunia. Kuala Lumpur perlu membangun sebagai satu entiti moden dengan identiti dan imej tersendiri, yang kaya dengan seni dan budaya yang menjadi kebanggaan warga kota dan negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: