BERBUKA BERSAMA TUN DR MAHATHIR

Kelab Veteran MAYC Malaysia telah hadir dimajlis berbuka puasa bersama Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah semalam di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Majlis di anjurkan bersama oleh Kelab Vendor Petronas dan MAYC Kebangsaan dan telah dihadiri oleh lebih kurang 200 orang tetamu serta anak-anak dari sebuah rumah anak yatim di Putrajaya.

Akhramsyah Sanusi, Presiden MAYC Kebangsaan, dalam ucapannya mengucapkan terima kasih diatas tajaan Dynac untuk majlis malam itu dan berikrar akan terus menjalankan berbagai kegiatan untuk memajukan lagi kelab-kelab gabungan MAYC.

Tun Dr Mahathir pula dalam ucapannya meminta semua rakyat Malaysia menyedari bahwa semasa menyambut ramadhan ini hendaklah mereka mengingati rakyat seugama dengan mereka yang sedang kebuluran di Somalia dan negara-negara dibenua Afrika.  Negara-negara ini katanya sedang menghadapi kemarau yang panjang dan ada yang berada dalam kancah peperangan saudara.

Hadir di majlis itu bagi pihak Kelab Veteran  ialah Senator Datuk Akbar Ali, Datuk A Mutallib Razak, Datuk Mohd Yusof Hamid, Mohd Taib Wahab dan Maznah Abdullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: