PENGERTIAN RAMADHAN 3

Ramadhan adalah bulan yang terlalu terik pancaran matahari (iaitu  hampir pada bulan Ramadhan dan pada bulan Ramadhan cuaca diMekah/Madina terlalu panas terik pada kadar suhu mencecah ke 45 degree – 48 degree pada waktu malamnya pula bisa mencecah 32 degree.

Dibulan ini dilakukan “siyam” iaitu puasa = menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkannya dan merosakkannya mulai fajar sadik hingga terbenam matahari pada hari yang tertentu kerana menjunjung perintah Allah semata-mata dengan niat dan syarat yang tertentu

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 183 ” hai orang orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”.  Dianjurkan pada bulan ramadhan ini agar kita memperbanyakkan Ibadah dan memperbanyakkan Doa, semoga Allah tidak menarik semula nikmat yang telah diberikan olihnya. Semoga Allah meneruskan dan menambahkan lagi nikmat amalan kebaikkan kita dihari yang akan mendatang dan seterusnya sehingga kehari akhir hayat kita. Semoga kenikmatan didunia bertambah dan akhirat tak pula berkurang.

Kejadian yang kedua adalah turunnya ayat Alquran pada 17 Ramadhan (Nuzul Al Quran)yang pertama iaitu surah Al ‘Alaq 1-5, Malaikat Jibril menyampaikan pada Rasullullah digua Hira.

Al Quran adalah qalam Allah, Nur Allah – cahaya Allah apabila kita membacanya Al Quran kita akan mendapat petunjjuk dan dibukakan jalan yang tersangat luas untuk kita lalui disepanjang perjalanan hidup kita.

Dengan berpuasa dan membaca AlQuran  gugurlah segala kekotoran zahiriah dan batinah sambil bersabar menempuh segala dugaan dan perkara yang melalaikan. semoga Allah membuka pintu hati kita untuk bersedekah mengingati orang orang yang kurang berkemampuan. Itu sebabnya kita dikenakan membayar Fitrah, kerana untuk membantu fakir dan miskin. Dengan mengeluarkan fitrah kita dapat menyucikan diri agar diri kita lebih Ehsan terhadap sesama insan.

Semoga Allah memberikan rahmatnya dan membuka pintu  pintu kebaikkan pada kita semua.. Biarlah kita tidak kaya harta asalkan keimanan kita  kaya. Fii Amanillah. Amin..

Satu lagi ceramah Habib Ahmad Abdullah al Kaff yang sangat bermanafaat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: