DATUK NASIR SAFAR 8

SUMBANGAN KEWANGAN

DATUK NASIR SAFAR 7

ANAK YANG BAIK

Oleh Thilagarajah a/l Tharumarajah

Pada 20hb. Mac 2011, saya menerima panggilan dari Ibu saya yang mengatakan dia jatuh dan kepalanya bengkak. Ibu dan ayah tidak tinggal bersama saya tetapi tinggal berasingan di kampung halaman, Kuala Pilah, Negeri Sembilan .

Ibu dimasukkan ke wad kerana mempunyai paras gula yang tinggi (diabetes) dan sewaktu itu, saya dan adik bergilir menjaga ibu di wad dan ayah di rumah. Ayah pula menghidapi penyakit Alzheimer’s. Setelah pulih sedikit, Ibu kembali menelefon saya mengatakan luka di kaki (terjadi kerana memakai selipar jepun) tidak mahu sembuh. Oleh kerana adik kehabisan cuti rehat, maka dia mencadangkan agar dia membawa Ibu ke Hospital Manjung, Perak bagi rawatan seterusnya dan saya pula membawa ayah ke rumah saya di Seremban.

Setelah beberapa rawatan dilakukan, luka tersebut masih tidak sembuh dan mengakibatkan kaki Ibu terpaksa dipotong di bawah paras lutut. Kini adik menjaga Ibu di Manjung dan saya pula menjaga ayah. Rutin harian saya adalah bangun jam 4.30 pagi untuk menyuapkan ayah sarapan pagi. Setelah selesai pada jam lebih kurang 5.10pagi, saya mandi dan bersiap ke tempat kerja ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas dari Seremban. Saya pulang ke rumah pada jam 6.30 petang dan membeli makanan untuk ayah saya dan menyuapkan beliau dari jam 6.45petang hingga 8.00 malam.

Beliau tidak boleh menguruskan diri sendiri termasuk membuang air kecil dan besar. Walaupun saya cuba memakai lampin pakai buang dewasa, tetapi beliau membukan sendiri kerana tidak selesa. Saya terpaksa membiarkan beliau di dalam bilik dilengkapi bilik air kerana bimbang beliau membuat sesuatu yang boleh menimbulkan kejadian yang tidak diingini.

Setelah membersihkan bilik dan memberi beliau makan, barulah saya akan mandi dan membelikan makanan atau memasak untuk isteri saya yang sedang mengandung anak sulung kami berusia 4 bulan dalam kandungan. Kesian ayah saya tidak makan sehingga saya balik walaupun saya ada meletakkan roti untuk dimakan.

Penyakit beliau menjadikan beliau tidak sedar untuk menguruskan diri sendiri seperti manusia normal yang lain. Ayah tidak akan makan atau tidak boleh dimandikan oleh orang lain kerana beliau akan bersifat agresif sekiranya orang lain cuba membantu beliau. Kebiasaanya saya akan menyiapkan semua kerja dalam jam 12.00 tengah malam. Keesokkannya rutin saya akan bermula kembali jam 4.00 pagi pada hari bekerja.

Pada cuti minggu, saya akan pergi ke Kuil untuk sembahyang, membelikan sarapan untuk isteri saya dan memberi ayah makan dan mengemas rumah, kereta, mencuci baju dan menyelesaikan kerja-kerja yang tidak sempat dihabiskan pada hari bekerja.

Saya berasa amat penat setiap hari namun apabila memikirkan pergorbanan ibu dan ayah sewaktu saya kecil, kepenatan saya hanyalah setaraf setitik peluh mereka. Ada juga saya bercadang untuk mengambil orang gaji untuk menjaga ayah dan membuat kerja rumah tetapi pendapatan bulanan saya hanya mencukupi untuk menampung perbelanjaan sedia ada tanpa ada simpanan.

Setakat inilah pengalaman hidup saya yang ingin saya kongsi bersama. Saya amat berharap untuk menjadi anak yang baik kepada ibu dan ayah.

PENULISAN PENGHAKIMAN

Dato Syed Ahmad Idid menyarankan penghakiman hendaklah disiapkan dalam masa sebulan’

Bekas Hakim itu berkata, isterinya, Datin Noraini Abdullah tahu beliau kadang-kadang berjaga sehingga jam 2 pagi untuk menulis penghakiman kerana itu masa yang terbaik.

Satu bulan merupakan tempoh paling sesuai untuk hakim menulis dan menyampaikan penghakiman mereka, kata bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Syed Ahmad Idid yang juga bekas Presiden MAYC Kebangsaan.

Berucap di majlis pelancaran bukunya ‘Writing of Judgments: A practical Guide for Courts and Tribunals’, (Menulis Penghakiman: Panduan praktikal untuk Mahkamah dan Tribunal), Syed Ahmad berkata yang terbaik ialah menyediakan fakta-fakta penting selepas seleasa mendengar perbicaraan.

“Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakannya ketika minda masih segar. Kemudian anda peruntukkan masa dua minggu untuk menulis draf.

“Kemudian anda ambil masa dua minggu lagi untuk memikirkan semula apa yang anda telah menulis sekiranya tiba-tiba mengubah fikiran.

“Ini kerana anda mungkin memikirkan sesuatu, sebagai contohnya, semasa memandu. Jadi, satu sebulan merupakan tempoh yang sesuai yang anda perlukan untuk menulis penghakiman,” katanya.

Ditanya sama ada pada hakim hari ini berdepan dengan kes-kes yang kompleks berbanding dengan sebelum ini, Syed Ahmad berkata semasa berkhidmat, beliau telah mengendalikan kes jenayah, bank dan sekuriti dan juga pertikaian sempadan antarabangsa.

Pada masa ini, terdapat ramai hakim yang mengambil masa yang lama untuk menyediakan penghakiman bertulis, dan ada yang mengambil masa lapan tahun atau lebih dan masih belum menulisnya.

Sesetengahnya membabitkan nyawa di mana ada pesalah yang berdepan dengan hukuman mati. Bagaimanapun, rayuan mereka tidak dapat didengar kerana alasan bertulis belum disiapkan.

Buku ini setebal 234 halaman dan Syed Ahmad mengambil satu setengah tahun untuk menulis dengan bantuan pembantu penyelidik.

Katanya, beliau telah mengumpulkan pengalaman dari Ketua Hakim di Singapura, Indonesia dan juga hakim-hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam menulis buku tersebut.

Beliau bersetuju penghakiman tidak semestinya pandang dalam semua kes, tetapi ia perlu jelas dan padat.

Syed Ahmad berkata para hakim perlu menegakkan undang-undang dan tidak membuat tafsiran yang tidak perlu jika ia sudah jelas di sisi undang-undang.

Pelancaran buku tersebut telah dilakukan oleh Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan dalam ucapannya, mengingatkan hakim bahawa penghakiman mereka perlu ditulis secara ringkas dan padat serta jelas bagi memudahkan pihak-pihak dalam kes mahkamah memahami alasan penghakiman hakim serta bagi mahkamah rayuan memahami rasional keputusan mereka.

Sementara itu, Syed Ahmad berkata buku itu bertujuan memberikan panduan dan pengetahuan dan kebolehupayaan untuk menulis penghakiman kepada para hakim khususnya mereka yang baru berkhidmat.

Kepada soalan pemberita mengenai terdapat hakim yang menangguhkan menulis penghakiman mereka antara dua tahun hingga lapan tahun, Syed Ahmad hanya berkata Ketua Hakim Negara juga bimbang dengan perkara itu.

SATU IDE BAGUS

Put your car keys beside your bed at night

If you hear a noise outside your home or someone trying to get in your house, just press the panic button for your car. The alarm will be set off, and the horn will continue to sound until either you turn it off or the car battery dies.

This tip came from a neighborhood watch coordinator. Next time you come home for the night and you start to put your keys away, think of this: It’s a security alarm system that you probably already have and requires no installation. Test it. It will go off from most everywhere inside your house and will keep honking until your battery runs down or until you reset it with the button on the key fob chain.

It works if you park in your driveway or garage. If your car alarm goes off when someone is trying to break into your house, odds are the burglar/rapist won’t stick around. After a few seconds all the neighbors will be looking out their windows to see who is out there and sure enough the criminal won’t want that.

And remember to carry your keys while walking to your car in a parking lot. The alarm can work the same way there. This is something that should really be shared with everyone. Maybe it could save a life or a sexual abuse crime.

BERNIAGA SELEPAS BERSARA.

Mahukah Kehidupan Pencen Anda Lebih Bermakna?

Ketahui rahsia saya menjana pendapatan LUMAYAN setiap MINGGU , hanya di depan komputer.

Berumur 57 tahun dan menetap di Kuala Lumpur. Pernah bekerja di salah sebuah Public Listed Company di Kuala Lumpur selama 20 tahun di bahagian Korporat sebelum pencen. Sebagai seorang Accountant, pernah bekerja di United Kingdom juga di firma Audit selama 3 tahun setelah tamat pengajian di sana.

KENAPA SAYA JOIN BISNES VEMMA?

Wang simpanan EPF hanya boleh bertahan selama 3 hingga 4 tahun sahaja. Besar mana sekali pun jawatan kita semasa berkerjaya, hakikatnya wang EPF hanya boleh menampung sampai umur 58 tahun saja. Jadi saya terfikir lagi kalau masih mahu kekal gaya hidup saperti semasa saya masih berkerja maka, saya perlu lakukan sesuatu sebelum wang simpanan EPF saya susut…

Secara kebetulan nya, saya di recommend oleh teman golf saya tentang produk Vemma yang penuh dengan khasiat anti-oksidan nya, dan mungkin The Most Powerful Liquid Anti-Oksida yang terdapat di dunia sekarang. Saya teringat kapada makchik saya yg sedang mengidap penyakit kencing manis. Saya pun mendaftar dan membeli Vemma untuk tujuan memberi ka makcik saya. Alhamdullilah, setelah makcik saya mengambil nya selama 2 minggu, penyakit makcik saya berkurangan dan dari masa itu saya mula mempercayai kehebatan produk Vemma ini.

Selain dari kehebatan produk Vemma dalam segi khasiat nya, BONUS Plan yg LUMAYAN dan Sistem 100% ONLINE yang tercanggih membuat saya concerntrate dalam bisnes ini. Sekarang saya melakukan nya sepenuh masa dan yg paling saya suka boleh di lakukan di mana2 asalkan ada internet. Saya hanya bekerja dari rumah dan pada masa yang sesuai untuk diri saya.

KHASIAT VEMMA

Vemma adalah supplement yang sangat diperlukan oleh setiap orang untuk mengekalkan kesihatan sepanjang hayat. Di dalamnya terkandung 12 jenis vitamin dan 65 minerals yang mampu melawan dan memusnahkan radikal bebas di dalam badan manusia. Jus ini boleh diminum oleh sesiapa sahaja yang berumur 2 tahun keatas. Ia boleh mencegah seseorang dari di jangkiti penyakit2 kronic seperti DIABETIS, TEKANAN DARAH TINGGI, MIGRAIN, KANSER, RESDUNG, GOUT, wanita yg ada masalah FIBROID, POST MENOPAUSE dan sebagainya. Ingin di maklumkan bahawa jus supplement ini tidak mengandungi drugs tetapi kandungan nya adalah buah2an termasuk buah manggis di mana kandungan anti oksida nya yg paling powerfull dan aloe vera. Produk Vemma ini telah di perakui oleh lebih dari 350,000 pakar kesihatan di dalam buku PDR ( Physicians Desk of Reference.).

JANGAN SALAH FAHAM, WALAUPUN KAMI ADA PRODUK, TAPI ANDA BUKANNYA MENJUAL PRODUK INI DARI RUMAH KE RUMAH. Produk adalah untuk di guna sendiri. Kongsi kebaikan dan jadikan mereka pelanggan setia anda TANPA MEMAKSA. Untuk ingatan, Vemma bukanlah ubatan yg boleh menggantikan preskripsi doktor anda. Namun jika digunakan secara konsisten, kesan positif adalah di sebabkan kandungan nutrien yg tinggi berasaskan produk antioksidan TERBAIK ..

Pada mulanya saya tidak percaya, namun setelah saya kaji lebih mendalam tentang Vemma, saya mula tertarik dengan syarikatnya yang kukuh, bonus mingguan yang besar dan sistem nya yang banyak membantu menguruskan bisnes ini walaupun saya sedang tidur!

Rangkaian perniagaan saya kini telah berkembang ke serata negeri di Malaysia dan Indonesia (bayangkanlah hanya DARI RUMAH).

oleh: Gold Leader KHALID OMAR /012 6077 020

SUARA VETERAN JALANAN

DATUK NASIR SAFAR 6

DATUK NASIR SAFAR 5