PROSES PENUAAN YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN

Berat badan kaum lelaki selalunya naik  sehingga berumur 55 tahun dan selepas itu berat badan mereka pun mulai turun. Ini mungkin disebabkan turunnya apa yang dipanggil ” male sex hormone testosterone”

Kaum wanita pula bertambah berat badan mereka sehingga berumur 65 tahun, selepas itu berat badan mereka pun turun disebabkan oleh kehilangan tisu otot mereka..

Tentu sekali turun naik berat badan sesaorang itu berbeda dari seorang individu ke individu yang lain. Pemakanan dan senaman memainkan peranan yang penting dalam hal ini.

Perubahan dalam kandungan air dalam badan boleh menyebabkan orang sudah berumur cepat kehausan. Oleh yang demikian kita harus sentiasa berhati-hati tentang banyak mana kita meminum air. Perubahan keadaan badan juga memainkan peranan penting pada kita mengambil ubat. Oleh itu  banyaknya ubat yang boleh dimakan perlu juga disesuaikan dengan keadaan kita.

Kehilangan otot dikaki dan perubahan bentuk tubuh badan juga boleh mempengaruhi ketidakseimbangan kita yang mungkin menyebabkan  kita jatuh.

Sungguhpun perubahan yang disebabkan umur tidak boleh dielakkan kita boleh membuat sesuatu untuk menggurangkannya. Ini termasuklah bersenam, tidak merokok dan pemakanan yang sihat. Meminum arak secara tidak terkawal dan dadah merbahaya boleh menyebabkan proses penuaan yang lebih ketara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: