ANAK YANG BAIK

Oleh Thilagarajah a/l Tharumarajah

Pada 20hb. Mac 2011, saya menerima panggilan dari Ibu saya yang mengatakan dia jatuh dan kepalanya bengkak. Ibu dan ayah tidak tinggal bersama saya tetapi tinggal berasingan di kampung halaman, Kuala Pilah, Negeri Sembilan .

Ibu dimasukkan ke wad kerana mempunyai paras gula yang tinggi (diabetes) dan sewaktu itu, saya dan adik bergilir menjaga ibu di wad dan ayah di rumah. Ayah pula menghidapi penyakit Alzheimer’s. Setelah pulih sedikit, Ibu kembali menelefon saya mengatakan luka di kaki (terjadi kerana memakai selipar jepun) tidak mahu sembuh. Oleh kerana adik kehabisan cuti rehat, maka dia mencadangkan agar dia membawa Ibu ke Hospital Manjung, Perak bagi rawatan seterusnya dan saya pula membawa ayah ke rumah saya di Seremban.

Setelah beberapa rawatan dilakukan, luka tersebut masih tidak sembuh dan mengakibatkan kaki Ibu terpaksa dipotong di bawah paras lutut. Kini adik menjaga Ibu di Manjung dan saya pula menjaga ayah. Rutin harian saya adalah bangun jam 4.30 pagi untuk menyuapkan ayah sarapan pagi. Setelah selesai pada jam lebih kurang 5.10pagi, saya mandi dan bersiap ke tempat kerja ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas dari Seremban. Saya pulang ke rumah pada jam 6.30 petang dan membeli makanan untuk ayah saya dan menyuapkan beliau dari jam 6.45petang hingga 8.00 malam.

Beliau tidak boleh menguruskan diri sendiri termasuk membuang air kecil dan besar. Walaupun saya cuba memakai lampin pakai buang dewasa, tetapi beliau membukan sendiri kerana tidak selesa. Saya terpaksa membiarkan beliau di dalam bilik dilengkapi bilik air kerana bimbang beliau membuat sesuatu yang boleh menimbulkan kejadian yang tidak diingini.

Setelah membersihkan bilik dan memberi beliau makan, barulah saya akan mandi dan membelikan makanan atau memasak untuk isteri saya yang sedang mengandung anak sulung kami berusia 4 bulan dalam kandungan. Kesian ayah saya tidak makan sehingga saya balik walaupun saya ada meletakkan roti untuk dimakan.

Penyakit beliau menjadikan beliau tidak sedar untuk menguruskan diri sendiri seperti manusia normal yang lain. Ayah tidak akan makan atau tidak boleh dimandikan oleh orang lain kerana beliau akan bersifat agresif sekiranya orang lain cuba membantu beliau. Kebiasaanya saya akan menyiapkan semua kerja dalam jam 12.00 tengah malam. Keesokkannya rutin saya akan bermula kembali jam 4.00 pagi pada hari bekerja.

Pada cuti minggu, saya akan pergi ke Kuil untuk sembahyang, membelikan sarapan untuk isteri saya dan memberi ayah makan dan mengemas rumah, kereta, mencuci baju dan menyelesaikan kerja-kerja yang tidak sempat dihabiskan pada hari bekerja.

Saya berasa amat penat setiap hari namun apabila memikirkan pergorbanan ibu dan ayah sewaktu saya kecil, kepenatan saya hanyalah setaraf setitik peluh mereka. Ada juga saya bercadang untuk mengambil orang gaji untuk menjaga ayah dan membuat kerja rumah tetapi pendapatan bulanan saya hanya mencukupi untuk menampung perbelanjaan sedia ada tanpa ada simpanan.

Setakat inilah pengalaman hidup saya yang ingin saya kongsi bersama. Saya amat berharap untuk menjadi anak yang baik kepada ibu dan ayah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: