BAHASA MELAYU 5

Dr Lim Swee Tin turut melahirkan rasa khuatirnya dengan perkembangan mutakhir bahawa Bahasa Melayu seolah-olah tidak lagi menjadi bahasa ilmu.

Berdasarkan pemantauan sendiri, beliau memberitahu bahawa hal-hal keilmuan sekarang kurang ditulis dalam Bahasa Melayu dan tidak berlipat ganda seperti mana yang diharap-harapkan.

“Mengapakah hal ini berlaku? Apakah negara kekurangan ilmuwan? Adakah ilmuwan tempatan sendiri tidak meyakini Bahasa Melayu atau pun kita berada dalam satu era di mana ilmuwan kita ini kebanyakannya mendapat pendidikan Inggeris?

“Adakah mereka tidak percaya bahawa Bahasa Melayu mampu mendukung ilmu yang mereka hendak sampaikan itu atau secara kebetulan ilmuwan kita ada yang mendapat pendidikan Barat jadi mereka lebih selesa menyampaikan ilmu dalam Bahasa Inggeris.

“Memang ilmu boleh disampaikan melalui apa-apa bahasa pun akan tetapi pada ketika kita hendak memperkasa Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat kita, tiba-tiba semua bidang keilmuan kita dalam bahasa asing, dalam Bahasa Inggeris sebagai contoh, ” soal beliau.

Dr Lim mengesyorkan perbincangan yang teratur dan sistematik dibuat supaya dapat dicari jalan tengah untuk menunjukkan Bahasa Melayu masih kekal relevan untuk mengungkap bukan sahaja semua bentuk ilmu tetapi ilmu yang tinggi.

Sewajarnya gejala yang menimpa bahasa kebangsaan pada hari ini, katanya tidak dibiarkan berterusan kerana ia akan hanya mengundang pelbagai tanggapan negatif.

“Akhirnya Bahasa Melayu akan dianggap hanya sesuai untuk komunikasi yang mudah-mudah sahaja tetapi tidak mampu, tidak berdaya untuk menjadi bahasa ilmu, ” keluhnya sambil mengungkap beberapa bait daripada puisinya yang bertajuk “Citra Bahasa”……………

Jangan perkecilkan bahasa Melayu,
Kelak ia semakin kerdil,
Kerdil bahasa kerdilah jiwa,
Tak berjiwa manakah lagi kebersamaan kita.
Lama telah bahasa kita berdaulat,
Bukalah laman sejarah, lihatlah jerih,
Lihat payah yang terpahat,
Kita juga telah memberinya tempat,
Setelah dinobat diangkat martabat,
Janganlah lagi direntap disentap.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: