BAHASA MELAYU 3

Bukan sahaja dilahir dan dibesarkan dalam kalangan masyarakat Melayu. Bahkan Dr Lim Swee Tin turut bersekolah Melayu, boleh dikatakan dunianya 100 peratus Melayu!

Sambil menyifatkan pengalaman hidupnya berbeza daripada kebanyakan orang lain, sebelum berusia enam tahun dan sebelum masuk darjah satu, beliau sudah boleh menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu.

“Masa itu tidak ada tadika. Saya juga belajar sendiri sebelum masuk ke sekolah. Saya rapat dengan sebuah keluarga Melayu dan anak-anak dia, menjadikan kakak-kakak angkat saya mengajar saya membaca dan menulis.’

“Secara kebetulan bapa saya ada duit sedikit dan membelikan buku untuk saya baca. Buku yang kecil-kecil dan nipis, harganya sekitar 5 sen atau 10 sen sebuah. Masa itu, sebulan sekali ada peniaga yang datang ke kampung menjual buku-buku ini.

“Saya juga baca buku, kalau tidak silap kisah daripada Sejarah Melayu yang diringkaskan dan dipermudahkan. Saya suka kepada bentuk bahasa dan karya sastera,” Dr Lim mengingati semula zaman kanak-kanaknya.

bersambung esok …….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: