MENITI HARI TUA

oleh: BAITI MIHWAR

Pada hakikatnya kehidupan ini adalah sebuah penantian. Seorang pelajar: menanti selesainya peperiksaan dan pengumuman keputusan dengan penuh debaran. Seorang pesakit: dengan penuh harapan menuggu penyakitnya sembuh. Pasangan yang sedang bertunang: cemas menantikan saat diijabkabulkan. Ibu yang sarat hamil: tertunggu-tunggu bilakah ketikanya ia akan bersalin. Orang tua yang menunggu anaknya sedang membesar: penuh dengan tandatanya “Apa yang akan terjadi pada anak-anak aku apabila dewasa kelak?” Kesimpulannya: semua orang sedang menjalani masa penantian dalam kehiduapnnya hinggalah nyawaynya berpisah dari jasad kelak.

Bagi seorang gadis pula, ada masa penantian yang seringkali menimbulkan suasana panik iaitu menanti jodoh. Jodoh, maut dan rezeki adalah ketentuan serta kehendak Allah semata-mata. Tidak ada sedikit pun hak manusia untuk merampas ketentuan tersebut. Namun telah menjadi tabiat manusia, ada kalanya ia terlupa dengan janji Allah. Apatah lagi apabila mereka terus-menerus “diburu” dengan persoalan “Bila lagi nak makan nasi minyak?” Apa yang hendak dijawab….??? Sedangkan jodoh yang dinantikan tidak juga kunjung tiba.

Seorang wanita itu akan sempurna sifat kewanitaannya apabila ia mengalami menstruasi. Islam mencatatkan masa ini sebagai masa awal mukallafnya seorang wanita. Menurut pakar dalam dunia perubatan, remaja sekarang lebih cepat mencapat peringkat akil baligh berbanding zaman dahulu Ketika ini ramai gadis yang mencecah baligh ketika berumur 9 hingga 11 tahun lagi. Manakala 20 tahun yang lampau, wanita amat jarang mencecah akil baligh kecuali 12 tahun ke atas. Akibatnya kedewasaan wanita terhadap masalah berkaitan naluri perkahwinan akan turut meningkat secara cepat. Apa yang membimbangkan adalah fenomena kejatuhan moral dan gaya hidup bebas seperti di barat yang telah menyebabkan lebih ramai remaja hari ini mengadakan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: