KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Oleh : Brig. Jen Dato’ Paduka Dahari Hj. Hussin

Pada 6hb Jun yang lalu rakyat negara ini telah sama-sama menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung, sebagaimana kebiasaan, Istiadat Perarakan Panji-panji Diraja merupakan salah satu acara utama yang dipertontonkan dan disaksikan oleh setiap lapisan masyarakat negara ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kepentingan atau nilai Panji-panji Diraja ini. Pada zaman dahulu kala, panji-panji atau colours digunakan untuk membezakan warisan kekeluargaan, suku kaum, bangsa dan dalam konteks ketenteraan sebagai titik berkumpul (rallying point) di medan pertempuran.

Apabila senjata api diperkenalkan panji-panji tidak lagi dibawa bersama ketika satu-satu pasukan bertempur. Pengunaan terakhir panji-panji dibawa ke medan pertempuran adalah pada bulan Januari 1881 apabila ianya dibawa oleh Rejimen Northamptonshire ke Liangs Nek di Afrika Selatan.

Panji-panji Diraja melambangkan ketaatsetiaan Kor/Rejimen kepada negara dan bangsa. Dalam erti kata yang lain, ianya dianugerahkan sebagai tanda pengiktirafan perjuangan dan penghormatan segenap lapisan warga anggota tentera dalam memastikan kedaulatan dan keamanan negara sentiasa terjamin, selain daripada menjadi lambang kestiaan kepa Raja dan negara.

Kesetiaan kepa Raja dan negara adalah prinsip-prinsip yang terdapat dalam Rukun Negara kita. Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung sebagai Ketua Negara serta Raja-raja Melayu yang lain adalah merupakan lambing perpaduan rakyat. Prinsip ini juga bermaksud, bahawa setiap warga negara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung serta kerajaan yang memerintah.

Sesungguhnya institusi raja adalah sebahagian daripada budaya warisan bangsa Melayu dan warga Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: