BERSAMA DATO AZARAN ABD KADIR

Siapakah dia Dato Azaran Abd Kadir? Bersama dengan Dato Yusoff Hamid kami telah berjumpa dengan beliau di Kelab DiRaja Selangor tengah hari semalam. Turut hadir diperjumpaan tersebut adalah peguam beliau Siti Nur Mokhtar dan dua orang wakil MAYC Kebangsaan.

Berdasarkan dokumen-dokumen yang diserahkan kepada kami terbukti jelas bahwa Dato Azaran telah menyerahkan wang tunai sebesar RM 1,000,000 kepada Syed Abdul Rahman Kuning, selaku Setiausaha Agung MAYC sebagai wang deposit untuk pembelian Wisma Belia. Malangnya wang tersebut telah dibayar secara tunai dan telah diserahkan terus kepada Syed Abdul Rahman Tuan Kuning. Surat yang mengesahkan perkara ini bertarikh 29hb. Disember 2004.

Pada tarikh tersebut Wisma Belia telah pun diserahkan kepada Danaharta Urus Sdn Bhd dan MAYC Kebangsaan tidak lagi berhak atas harta tersebut.

Sementara itu Dato Azaran juga telah memberi pinjaman peribadi sebanyak RM70,000 kepada Timbalan Presiden MAYC Tuan Hashim sebagai dorongan untuk menyokong penjualan harta MAYC itu. Hingga hari ini pinjaman ini belum lagi berbayar.

Satu perjanjian jual beli Kompleks MAYC telah ditanda tangani pada 27hb Disember 2004 diantara MAYC dengan Green Algae Ventures Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato Azaran Abd Kadir.

Satu writ saman telah dikeluarkan oleh Green Algae Ventures Sdn Bhd pada 4hb Januari 2011. Tan Sri Syed Hamid Albar, Dato Haji Ahmad Zaini Japar dan Syed Abdul Rahman Tuan Kuning telah dinamakan sebagai defendan. Kes ini sedang didengar didepan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: