TS SANUSI JUNID KE IJN ISNIN INI

Akhirnya berkesempatan juga saya menemui bekas Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia, Tan Sri Sanusi Junid di kediamannya di Jalan Kemaris 5, Bangsar, Kuala Lumpur petang semalam.

Beliau kelihatan amat berjaga-jaga pada gerak gerinya sungguhpun sudah nampak puleh saperti biasa. Memulakan bicara, beliau menceritakan bagaimana perjalanan ke Indonesia awal bulan lepas disusuli pula dengan perjalanan ke London bersama Presiden MAYC Kebangsaan, Akramsyah dan akhirnya ke Jakarta lagi, telah membuatnya amat letih dan perlu dirawat di Jakarta seketika.

Disebuah rumah sakit di Jakarta beliau telah diberikan suntikan yang pastinya telah memberi kesan sampingan yang agak berat sehingga perlu dimasukkan ke SJMC semula setibanya di KLIA.

Telah disahkan oleh para doktor disitu bahwa banyak saluran darah Tan Sri sudah menjadi amat kecil dan hanya dapat menghantar 20 peratus oksigen ke otak beliau.

Akhirnya beliau telah dirujuk kepada IJN untuk rawatan seterusnya. Beliau akan dibedah Isnin ini.

Setelah hampir setengah jam bersamanya dan selesai secawan kopi acheh tanpa gula, saya mohon untuk pulang kerana sudah hampir waktu magrib.

Beliau meminta saya sampaikan salamnya kepada semua teman-teman yang membaca blog ini dan amat berterima kasih diatas doa semua teman-teman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: