TUN MAHATHIR DI IJN

Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini pagi tadi kerana batuk kini berada dalam keadaan stabil dan dinasihatkan berehat supaya dapat pulih sepenuhnya.

Sahabat baik kita, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, doktor menasihatkan bekas Perdana Menteri itu supaya berehat yang secukupnya walaupun tidak mengalami sebarang masalah jantung yang serius.

“Tidak ada langsung masalah dengan jantung beliau. Cuma batuk, maksudnya paru-paru sikit…biasanya kalau dia batuk dia perlukan rehat secukupnya di IJN,” kata Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu di lobi IJN selepas melawat ayahnya hari ini.

Katanya, Tun kini perlu menjalani rawatan fisioterapi seperti biasa, mengambil ubat antibiotik dan rehat yang secukupnya supaya sembuh secepat mungkin.

“Susah nak nasihatkan dia… dulu dia dah masuk gear lima, dah lama ini nak masuk gear rendah susah, tetapi apa pun dia sendiri pun tahu kesihatan dia,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, aktiviti luaran Dr Mahathir juga dikurangkan untuk memberinya
peluang berehat memandangkan keadaan kesihatan ayahnya sekarang ini.
“Emak saya kini berada di sisinya untuk menjaga beliau…kita juga tidak mengalakkan lawatan daripada kawan-kawan buat masa ini bagi mengelakkan daripada berlaku jangkitan,” katanya.

Dr Mahathir, 85, dimasukkan ke wad biasa pada kira-kira jam 6 pagi tadi selepas mengadu demam dan batuk sejak dua hari lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: