DARI BLOG AKHRAMSYAH SANUSI

Berita Ayah Dan Usaha Membereskan Urusan.

Selain keluarga, kawan-kawan terdekat Ayah pun mungkin baru sahaja mengetahui yang Ayah, Tan Sri Sanusi Junid, kini dalam keadaan merisaukan kesihatannya. Kiranya dilawat sekarang, mungkin ada menyedari di sebalik senyum Ayah adalah kepenatan dari berjalan naik-turun tangga rumah sekalipun yang dahulunya tiada. Menurut para doktor, walaupun Ayah 18 tahun muda umurnya dari Tun Dr M, namun jantung Ayah lebih tua ‘umur’nya berbanding Tun.

Sewaktu bersarapan tadi, jurublog ditegur Ayah kerana sudah terlalu sedikit menulis. Jurublog juga melihat Ayah sibuk membereskan urusan memandangkan doktor mungkin mengesa beliau ke rumah sakit semula tak lama lagi. Teguran dan inspirasi dari usaha beliau menggerak hati jurublog untuk menulis semula, sekaligus menjawab suatu persoalan terkini tentang MAYC yang dilontarkan kepada Ayah sebagai fitnah yang harus dicuci.

Jurublog telah diberitahu oleh seorang pemimpin veteran bahawa seorang pemimpin Belia MAYC yang didukung oleh TS Syed Hamid dan Tuan Syed Rahman telah menuduh yang Ayah, TS Sanusi, bercita-cita untuk mengaut atau merampas harta MAYC, termasuklah Wisma Belia. Fitnah ini bukan sekadar tidak benar tetapi ternyata dibuahkan oleh seorang pemimpin MAYC yang tidak mengetahui sejarah walaupun mengatakan dirinya ‘orang lama’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: