SETIAP VETERAN HARUS ADA DI FACEBOOK

Untuk permudahkan berhubung dengan sesama veteran perlu ada akaun facebook yang boleh dibuka dengan mudah tanpa sebarang pembayaran.

Kira-kira 15,000 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKK/P) di seluruh negara perlu memiliki laman sosial Facebook bagi memudahkan mereka berinteraksi dengan rakyat. Cadangan itu dikemukakan Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman, berikutan perkembangan pesat penggunaan laman sosial, khususnya Facebook untuk berhubung antara satu sama lain.

“Facebook boleh menjadi penghubung kepada JKKK/P dengan penduduk untuk menyalurkan maklumat, termasuk berkaitan dasar kerajaan serta saluran untuk rakyat berkomunikasi,” katanya selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada 282 Pengerusi dan Setiausaha JKKK/P di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Setiausaha UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim dan Pegawai Pembangunan Negeri, Nik Ali Mat Yunus.

Sejajar cadangan itu, Zainal yang juga Pengerusi UMNO Pulau Pinang, mahu Pengerusi dan Setiausaha JKKK/P celik teknologi maklumat bagi memudahkan mereka memanfaatkan perkembangan bidang itu.

Beliau turut meminta ahli JKKK/P mengubah minda dengan tidak memikirkan kepada usaha untuk mendapatkan projek bagi kepentingan diri, sebaliknya menganjurkan pelbagai program bersama rakyat.
“Setiap ahli JKKK/P perlu berusaha untuk mendampingi rakyat dan berusaha mencari jalan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi,” katanya.

Kita veteran MAYC haruslah jangan ketinggalan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: