SELESAI PELANCARAN KELAB VETERAN MAYC SELANGOR

Seramai 86 orang telah hadir di majlis pelancaran kelab veteran MAYC Negeri Selangor semalam yang disempurnakan oleh Pemangku Presiden Datuk Nasir Safar di Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam pada jam 4.00 petang.

Diantara yang hadir adalah bekas pemimpin MAYC Kebangsaan dan juga negeri Selangor saperti Pak Siddiq Ghouse dan Haji Ibrahim Idris.

Dalam ucapan peresmiannya Datuk Nasir Safar telah menyentuh dengan panjang lebar gagasan 1Malaysia yang perlu diperjuangkan untuk menjamin masa depan Negara dan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini. Ianya juga akan menjamin kestabilan dan kemajuan berterusan negara kita. NGO saperti KVMM akan terus memainkan peranannya untuk mempastikan gagasan 1Malaysia berjaya.

Datuk Ramli Norani dalam ucapan alu-aluanya meminta Kerajaan untuk tidak meminggirkan gulungan veteran MAYC yang dulunya telah berknidmat untuk negara dan akan terus memainkan peranan mereka sungguhpun batas umur kepimpinan belia telah dihadkan kepada 40 sahaja.

Pengalaman yang ada pada veteran ini perlu terus di manfaatkan untuk membela nasib anak-anak watan yang masih memerlukan bimbingan dari gulungan yang lebih tua.

Upacara pelancaran telah diakhiri dengan angkat sumpah ta’at setia untuk mendukung gagasan 1Malaysia dan penyampaian sijil watikah kepada pengerusi-pengurusi kelab veteran perengkat daerah Negeri Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: