BELIA HARUS TEKUN MENUNTUT ILMU

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan generasi muda supaya tekun menuntut ilmu dan mendalami bidang yang lebih berdaya saing demi masa depan mereka.

Beliau berkata generasi muda boleh mengikuti kursus dan latihan termasuk dalam bidang automotif, pertanian, sukan dan ekonomi yang disediakan sama ada oleh kerajaan atau swasta untuk memperkasa diri dalam bidang yang diminati.

“Jangan terlalu bergantung harap kepada orang lain bagi mendapatkan kesenangan. Anda sendiri perlu mempunyai inisiatif dalam merebut peluang yang telah banyak disediakan kerajaan,” katanya semasa merasmikan Sembah Budaya Auto Show di Perkarangan Padang Daerah Semporna anjuran bersama Pergerakan Pemuda Umno Semporna sempena Pesta Regatta Lepa ke-18 malam tadi.

Shafie berkata kegagalan generasi muda hari ini mempersiapkan diri menghadapi dunia yang penuh persaingan menunjukkan kegagalan negara pada masa akan datang untuk terus berdaya saing.

Sehubungan itu, Shafie menggesa belia hari ini supaya menjauhi kegiatan tidak berfaedah seperti penyalahgunaan dadah sebaliknya memanfaatkan masa dan tenaga muda untuk kegiatan lebih bermanfaat.

Sokongan generasi belia hari ini amat diperlukan untuk menyumbang kepada pembangunan daerah dan negara amnya, katanya.

Malangnya Menteri Belia dan Sukan sendiri tidak begitu menyokong usaha-usaha untuk menghidupkan semula MAYC Kebangsaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: