TIDAK ADA TINDAKAN TATA TERTIB KEATAS TKSU KBS

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak bercadang mengambil tindakan tata tertib atau disiplin terhadap Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) kementerian itu, Datuk Salim Parlan, 51, yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan berkhalwat Isnin lalu kerana ia disifatkan sebagai isu peribadi.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata beliau menganggap kes terbabit lebih bersifat peribadi dan tidak melanggar undang-undang atau peraturan dalam perjawatan Salim.
Malah, katanya, beliau juga difahamkan bahawa sebenarnya Salim sudah berkahwin dengan pasangannya, Nur Diayana Norslan, 29, yang ditangkap khalwat namun mereka belum mendaftarkan perkahwinan terbabit.

Ini jelas membuktikan bahwa Menteri kita mempunyai sikap yang adil dan saksama. Kita ucapkan syabas.  Sama-samalah kita nantikan tindakan beliau terhadap cara Ketua Setiausaha Kementeriannya yang jelas berat sebelah dan berkepentingan dalam menghadapi kemelut MAYC Kebangsaan setakat ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: