PERKEMBANGAN DIMAYC KEBANGSAAN

Sewaktu Majlis Perundingan Belia Wilayah Persekutuan (MPBWP), saya selaku wakil MAYC Wilayah telah bangun memohon YB Datuk Senator Raja Nong Chik, sebagai seorang ahli kabinet yang rapat dengan YAB Perdana Menteri, untuk membangkitkan masalah kemelut MAYC sebagai isu yang memincangkan pergerakkan MAYC WP menyokong kerajaan.
        Apabila dirujuk kepada 2 orang Pakar Rujuk, yang pertama, Datuk Raja Roslan telah menyatakan keputusan akan diambil tidak lama lagi. Menariknya adalah, pakar rujuk kedua, Hj Sobri, makhluk pengatur Belia terkenal sejak zamannya mengatur untuk DS Khir Toyo di MBM, kemudian mengatur GPMS untuk Reezal Merican sehingga kini mendukung isterinya Sdri Ida sebagai Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, telah menjawab yang beliau pun bimbang dan biasanya keputusan berpihak kepada AJK yang ‘asal’.
     Selesai Mesyuarat, saya telah berjumpa sendiri dengan Datuk Raja Roslan. Beliau telah memberi gambaran:
     1 – Lazimnya, keputusan akan berpihak kepada AJK yang asal. Gambaran yang pihak Tan Sri Syed Hamid, Tuan Syed Rahman, Mustapha Mat Arop, dan lain2 merupakan ‘Orang Lama’ kelihatan seiras dengan pernyataan Azman Abdullah Melaka tempohari yang beliau dari kalangan ‘Orang Lama’. Ini mungkin ‘pschywar’  yang dimainkan mereka di KBS  untuk menangkis serangan kita.
2 – Beliau memberi gambaran yang pertelingkahan di MAYC seolah-olah antara ‘Orang Lama (Original)’ dan ‘Orang Baru (New)’. Beliau bingung yang saya berpihak pada yang mana! Ada kemungkinan beliau dibawa masuk dan dikaburi pandangan tentang isu sebenar di sebalik kemelut ini sekaligus kerana sejarahnya sebelum ini, digunakan untuk memberi kredibiliti kepada keputusan KSU dan Panel Penyelesaian Pertikaian (PPP).
3 – Datuk Raja Roslan mengatakan yang laporan sudah diberi dan keputusan kini pun sudah di tangan YB Datuk Menteri Belia Dan Sukan!
4 – Kemungkinan besar sekali AGM baru akan dipanggil, dan Datuk Raja tidak menafikan yang kuasa memanggil menurut daftar ahli berada di tangan AJK lama.
5 – Dalam perbincangan, beliau juga gusar bila diingatkan MAYC kawasannya sendiri, Tampin, tidak dipanggil oleh Tan Sri  Syed Hamid dan Tuan Syed Rahman ke AGM 26 September mereka.
Dalam senario seperti ini, kita tidak ada pilihan lain kecuali untuk terus mendesak dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran baru yang mungkin dilontarkan ke arah kita. Tetapi untuk mempertahankan hak kelab-kelab gabungan sendiri, mestilah kita terus mengingatkan kawan-kawan untuk menyediakan Statutory Declaration yang sewajarnya seperti dicadangkan juga oleh bekas Presiden MAYC Datuk Syed Ahmad Idid tempohari.
Setidak-tidaknya, saya rasa tindakan kawan-kawan tempohari berarak di Putrajaya ada juga membuahkan hasil. Pihak sana sudah mula panik semula selepas berminggu duduk senang dan konfiden KSU akan memberi jalan mudah untuk mereka. Saya berencana untuk melakukan ‘follow-up’ dengan PMO pada minggu ini setelah leganya mereka dari demam pasca-kempen di Sarawak.
     Akhramsyah Sanusi
     Presiden MAYC Kebangsaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: