TIDAK ADA SEBARANG KEPUTUSAN

Panel Pertikaian, Kementerian Belia dan Sukan yang bersidang 8hb April lalu tidak membuat sebarang keputusan mengenai MAYC kerana dokumen-dokumen rayuan belum lengkap lagi.

Ini bererti masaalah kemelut MAYC berpanjangan sehingga Panel membuat keputusan dan akan merugikan masa semua pihak.

Apapun keputusan yang akan diambil oleh panel, YB Menteri mempunyai kuasa pemutus dalam hal ini. Oleh sebab itulah ada kemungkinan klomplok Akramshah Sanusi mengadakan tunjuk rasa pada waktu yang sama untuk menarek perhatian semua pihak terutama sekali pejabat Menteri betapa pentingnya hal ini dibereskan secepat mungkin.

Salinan memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri juga berkemungkinan mendorong pihak-pihak tertentu membawa perkara ini ke mesyuarat kabinet yang terdekat.

Malangnya perhatian Negara adalah tertumpu kepada pilihanraya Negeri Sarawak dan skandal video seks yang diusahakan oleh Datuk T. “T” bermaksud trio ( tiga) Kedua ini adalah perkara besar yang perlu ditangani sebelum masyarakat dapat menilai pentingnya kemelut dalaman MAYC..

Bagi kita yang tidak terlibat dengan pilihanraya negeri Sarawak dan video seks Dato T, penyelesaian kemulut MAYC amatlah ditunggu-tunggukan.

Mudah-mudahan Allah swt membuka mata dan hati pihak yang berwajib dalam menyelesaikan masaalah ini. Kita doakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: