MEMORANDUM KEPADA YB MENTERI BELIA & SUKAN

Bismillahir Rahmanir Rahim

Pendahuluan
MAYC atau Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia adalah organisasi belia
tertua dan ianya merupakan satu-satunya organisasi belia yang bersifat
berbilang kaum dan berbentuk badan gabungan kepada kelab-kelab belia
yang bersifat local dan akar umbi. Ianya adalah satu warisan sejarah
yang cukup bermakna kepada nadi dan nada pergerakan belia di Malaysia.
Kini MAYC berdepan dengan sautu kemelut kepimpinan yang amat
merisaukan. MAYC boleh sahaja terkubur pada bila-bila masa kerana
ketiaadaan kepimpinan di peringkat kebangsaan dalam tempoh yang sudah
hampir setahun. Kemelut ini pastinya berpunca daripada sikap tamak dan
tidak bertanggung jawab kepimpinan yang terdahulu kerana tidak bijak
dalam mengendalikan proses peralihan kepimpinan. Oleh yang demikian,
dibentangkan fakta kes kepada YB Dato’ untuk diteliti dan
dipertimbangkan dengan sewajarnya bagi memastikan kesinambungan hayat
organisasi MAYC. Jika, tidak diteladani, nescaya organisasi ini akan
terkubur buat selama-lamanya dan menjadi suatu titik hitam dalam
pergerakan belia di Malasyia.

Fakta
Fakta kes secara ringkasnya adalah seperti berikut:-
1. Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia atau Malaysia Association of
Youth Clubs atau ringkasnya Mayc adalah sebuah pertubuhan belia
berbentuk badan gabungan yang mana pendaftarannya seperti berikut:-

(a) Sehingga 29/11/2008 – Didaftarkan menurut Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966
(b) Bermula 29/11/2008 – Didaftarkan menurut Akta Pertubuhan Belia dan
Pembangunan Belia 2007 (Akta 668)

2. Jumlah keahlian kelab MAYC yang terkini adalah lebih kurang 311
buah kelab yang berdaftar di bawah Akta 668

3. MAYC tidak pernah menjalankan Mesyuarat Agung sejak kali
terakhirnya pada 25 Disember 2005.

4. Semenjak 25/12/2005 sehingga 24/12/2007 kepimpinan MAYC dari segi
kepegawaian adalah seperti berikut:-
(i) Presiden, Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid Bin Syed Jaafar Albar
(ii) Setiausaha, Tuan Syed Abdul Rahman Bin Tuan
Kuning
(iii) Bendahari, Tuan Mohammad Hashim Bin Tuan Yaacob
(disebut sebagai “kepimpinan MAYC di bawah Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid”)

Ketiga-tiga mereka yang tersebut di atas adalah orang yang
bertanggungjawab menandatangani kesemua cek-cek Persatuan Kelab-kelab
Belia Malaysia (MAYC) dan bertanggungjawab sepenuhnya berkenaan
kewangan MAYC Kebangsaan menurut Perlembagaan MAYC.

5. Isu dan kemelut kepimpinan MAYC bermula sejak 27 Disember 2009 di
mana kepimpinan MAYC di bawah Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid yang
sepatutnya mengendalikan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan pada
tarikh tersebut telah gagal melaksanakannya.

6. Berikut kegagalan tersebut, maka bertalu-talu desakan, samada
secara bertulis atau secara lisan, diajukan kepada kepimpinan MAYC di
bawah Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid untuk mengadakan Mesyuarat Agung
Tahunan MAYC Kebangsaan, namun tidak dihiraukan oleh kepimpinan MAYC
di bawah Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid.

7. Dalang utama yang menjurus kepada kegagalan untuk menjalankan
Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan ialah sikap sambil lewa dan
acuh tak acuh Setiausaha Agung kepimpinan MAYC di bawah Tan Sri Dato’
Seri Syed Hamid iaitu Tuan Syed Abdul Rahman Bin Tuan Kuning.

8. Tuan Syed Abdul Rahman Bin Tuan Kuning disyaki mempunyai agenda
peribadi yang tersendiri yang berkenaan harta MAYC serta anak-anak
syarikat MAYC di mana satu Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia telah dibuat terhadap beliau khususnya dan ke atas kepimpinan
MAYC di bawah Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid umumnya.

Laporan SPRM di Pejabat SPRM Kuala Lumpur No. Repot 8/11 adalah dirujuk.

9. Tuan Syed Abdul Rahman Bin Tuan Kuning juga disyaki bersekongkol
dengan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan iaitu Dato’ Mohid
bin Mohamed dalam menjayakan hasratnya untuk terus “berkuasa” di dalam
pertubuhan MAYC dan mengawal kesemua harta-harta dan anak syarikat
MAYC seperti tingkah laku seorang diktator yang gilakan kuasa dan
harta.

10. Pada pertengahan tahun 2009, kepimpinan MAYC di bawah Tan Sri
Dato’ Seri Syed Hamid telah menyerahkan kuasa secara hakikatnya (de
facto) kepada YB Suraya binti Yaacob untuk menerajui Jawatankuasa
Protem MAYC di bawah pendaftaran Pendaftar Pertubuhan Belia
(ringkasnya “ROY”) [jawatankuasa ini disebut “kepimpinan MAYC di bawah
YB Suraya”], namun keajadian aneh dan pelik berlaku ketika ahli-ahli
MAYC menerima surat daripada pihak ROY bertarikh 7/7/2010 yang
menyatakan bahawa kepimpinan MAYC di bawah Tan Sri Dato’ Seri Syed
Hamid adalah jawatankuasa yang berhak menganjurkan Mesyuarat Agung
Tahunan MAYC.

11. Keadaan menjadi semakin pelik dan kusut kerana kepimpinan MAYC di
bawah Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid yang diketuai oleh Tuan Syed Abdul
Rahman Bin Tuan Kuning (Setiausaha Agung) bersama Tuan Mohammad Hashim
Bin Tuan Yaacob (Bendahari) membubarkan kepimpinan MAYC di bawah YB
Suraya yang telah hampir setahun menjalankan urusan MAYC Kebangsaan
secara hakikatnya (de facto) pada 7/7/2010

12. Justeru, bangkitlah para aktivis MAYC seluruh negara yang terdiri
daripada Pengerusi-pengerusi MAYC Negeri, Kawasan dan pimpinan Kelab
Gabungan MAYC menuntut hak menerusi undang-undang dan melaksanakan dan
menggerakkan suatu usul (motion) untuk melaksanakan satu Mesyuarat
Agung Tahunan MAYC Kebangsaan pada 31/07/2010.

13. Berasaskan peruntukan undang-undang yang jelas menurut Akta 668
dan Perlembagaan MAYC, satu Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan
2010 berjaya dilaksanakan dengan penuh sempurna dan sejahtera pada
31/7/2010 di Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden (kini
Pemangku Presiden) Kelab Veteran MAYC Malaysia, Datuk Nasir Safar dan
190 orang perwakilan dari 9 buah negeri hadir serta memlih suatu
Jawatankuasa MAYC Kebangsaan yang baru yang diketuai oleh Sdr
Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi sebagai Presiden MAYC Kebangsaan
(disebut sebagai “kepimpinan MAYC di bawah Akhramsyah).

14. Malangnya, pada 18/8/2010 (dalam tempoh yang cukup singkat),
pihak ROY mengeluarkan satu keputusan untuk membatalkan Mesyuarat
Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010 (AGM 31 Julai). Sekali lagi,
disyaki Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid bin Mohamed yang didalangi
oleh Tuan Syed Rahman bin Tuan Kuning mempengaruhi pihak ROY dalam
mengeluarkan arahan yang terkandung dalam surat tersebut.

15. Semenjak tarikh 18/8/2010, kredibiliti Ketua Setiausaha KBS, Dato’
Mohid bin Mohamed diragui oleh semua penggerak dan aktivis MAYC yang
menyokong kepimpinan MAYC di bawah Akhramsyah dan AGM 31 Julai. Tuan
Syed Rahman bin Tuan Kuning disyaki mempengaruhi tindakan Ketua
Setiausaha KBS, Dato’ Mohid bin Mohamed yang tersebut.

16. Pada 26/9/2010, kepimpinan MAYC di bawah Tan Sri Dato’ Seri Syed
Hamid telah menganjurkan satu Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan
(dirujuk sebagai “AGM26 September”) yang penuh dengan pelbagai misteri
dan kecatatan antaranya;

(a) Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid bin Mohamed hadir merasmikan
Mesyuarat Agung tersebut.

(b) Kesemua aktivis, kepimpinan dan penggerak MAYC di peringkat kelab,
kawasan dan negeri yang menyokong AGM 31 Julai dan kepimpinan MAYC di
bawah Akhramsyah tidak dijemput hadir ke AGM 26 September tersebut.

(c) Kanak-kanak sekolah dan bukan ahli MAYC dimasukkan sebagai
perwakilan kepada AGM 26 September yang tersebut.

(d) Laporan Kewangan yang dibentangkan penuh dengan pelbagai kecatatan
dari segi perkaunan.
(e) Data-data berkenaan MAYC Negeri, Kawasan dan kelab kebanyakkannya
sudah lapuk, tidak tepat dan penuh kesangsian.

(f) Akaun anak-anak Syarikat milik penuh MAYC tidak dibentangkan.

(g) Penyalahgunaan wang peruntukkan KBS sebanyak 200,000-00 setahun
ditulis secara jelas dalam Laporan Akaun itu.

(h) Mesyuarat dijalankan dalam keadaan tidak sempurna dan dipilihlah
“jawatankuasa boneka” yang diketuai oleh Sdr Mustafa bin Mat Arop
sebagai “Presiden MAYC” yang baru (disebut sebagai “Jawatankuasa
Boneka Syed Rahman”)

17. Wajar benar dikatakan bahawa Jawatankuasa MAYC yang dipilih oleh
AGM 26 September adalah jawatankuasa boneka kerana ianya berjalan
secara dicucuk hidung oleh Tuan Syed Rahman bin Tuan Kuning. Meskipun,
beliau sepatutnya sudah bukan lagi sebagai Setiausaha Agung tetapi
masih dilihat berkuasa dalam pejabat MAYC Kebangsaan. Sesiapa sahaja
ahli MAYC yang ingin berurusan di pejabat MAYC Kebangsaan selepas
tarikh 26/9/2010 sentiasa dinotakan untuk dirujuk kepada Tuan Syed
Rahman bin Tuan Kuning.

18. AGM 26 September dibantah oleh pendokong MAYC yang menyokong AGM
31 Julai dan pihak ROY telah pada 10 Januari 2011 membatalkan AGM
tersebut. 4 bulan masa diperlukan oleh pihak ROY untuk membatalkannya
berbanding AGM 31 Julai uyang mengambil masa hanya 2 minggu.

19. Rayuan Pendokong MAYC di bawah kepimpinan MAYC di bawah Akhramsyah
pada Panel Penyelesaian Pertikaian (PPP) kemudian pada 12/1/2011 jugak
ditolak oleh ketua panelnya iaitu Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid
bin Mohamed. Hal ini sememangnya telah dijangka memandangkan sikap
Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid bin Mohamed yang dilihat bias dan
menyokong kepimpinan MAYC di bawah Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid
walaupun beliau diminta untuk mengecualikan dirinya untuk terlibat
dalam korum PPP di atas alasan adanya “conflict of interest” kerana
menghadiri AGM 26 September tajaan kepimpinan MAYC di bawah Tan Sri
Dato’ Seri Syed Hamid.

20. Pada 8/4/2011, dimaklumkan secara tidak rasmi ada satu keputusan
Panel Penyelesaian Pertikaian terhadap rayuan pihak Jawatankuasa
Boneka Syed Rahman dan dikhabar anginkan oleh pengikutnya bahawa
rayuan pihak mereka diterima walaupun pihak ROY telah membatalkan AGM
26 September. Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid bin Mohamed yang hadir
pada AGM 26 September mempengerusi PPP dan akan mengeluarkan
keputusannya nanti.

Rayuan & Harapan

Berdasarkan fakta yang dinyatakan di atas maka, Para aktivitis belia
MAYC yang menyokong AGM 31 Julai dan kepimpinan MAYC di bawah
Akhramsyah pada hari ini iaitu pada hari Jumaat bersamaan 8/4/2011
hadir ke perkarangan Menara KBS secara beramai-ramai untuk merayu
kepada pihak YB Menteri Belia dan Sukan untuk akan perkara-perkara
berikut:-

Pertama, Jawatankuasa MAYC Kebangsaan di bawah kepimpinan MAYC di
bawah Akhramsyah yang dipilih pada AGM 31 Julai, 2011 wajar diangkat
sebagai kepimpinan MAYC Kebangsaan yang sah berdasarkan faktor-faktor
berikut:-

(a) Berdasarkan kesinambungan kepimpinan MAYC diperingkat Kelab dan
Kawasan serta negeri-negeri secara majoritinya menyokong kepimpinan
MAYC di bawah Akhramsyah yang dipilih pada AGM 31 Julai, 2011.
(b) Barisan Jawatankuasa yang tersebut mewakili kesemua MAYC, MAYC
peringkat negeri mengikut hirarki kepimpinan masing-masing.
(c) Barisan Jawatankuasa yang tersebut memiliki rekod yang baik dalam
kepimpinan belia dan sedang menampuki kepimpinan atasan organisasi
belia di Malaysia samada di peringkat Majlis Belia Malaysia, Majlis
Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah/Kawasan.
(d) Barisan Jawatankuasa tersebut memimpin secara langsungnya MAYC
Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, Negeri
Sembilan, Jogor, Terengganu, dan memimpin MAYC kawasan di Perlis,
Melaka dan Selangor.
(e) Barisan Jawatankuasa tersebut dalam suasana kemelut berjaya
menganjurkan program-program belia bersifat mega seperti Program
Kepimpinan, Malam Puisi dan Sukan Bermotor.

Kedua, pihak YB Menteri boleh merujuk kepada Laporan SPRM di Pejabat
SPRM Kuala Lumpur (No. Repot 8/11) berkenaan salahlaku beberapa
pegawai pertubuhan MAYC yang melibatkan Tuan Syed Rahman bin Syed
Kuning dan beberapa individu yang berada di dalam kepimpinan MAYC di
bawah Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid.

Ketiga, pihak YB Menteri boleh meneliti sikap berat sebelah Ketua
Setiausaha KBS, Dato’ Mohid bin Mohamed yang secara langsungnya
disyaki bersekongkol dengan Tuan Syed Rahman bin Tuan Kuning terhadap
perjalanan organisasi MAYC dalam menentukan halatuju kepimpinan MAYC
itu sendiri.

Disampaikan hari ini jam 9.00 pagi dengan salinan kepada Perdana Menteri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: