BUDAYA MEMBACA BUKU

Sejak beberapa hari ini kami sibuk meraikan lawatan pengasas “book village” Richard Booth ke Malaysia untuk meninjau persiapan International Book Festival yang akan diadakan di Malaysia pada tahun depan.

Hampir seluruh perbincangan kita berkisar disekitar melestarikan budaya membaca buku disemua perengkat masyarakat terutama yang muda remaja.

Richard Booth berpendapat buku terpakai mempunyai potensi ekonomi yang lebih tinggi dari buku-buku yang baru diterbitkan. Ini kerana ianya bertukar tangan lebih banyak kali dari buku baharu dan ianya lebih terjangkau bagi semua orang.

Pihaknya siap untuk menjual satu kontena buku terpakai untuk pasaran Malaysia jika ada permintaan. Tawaran ini amat menarik sekali kerana usaha-usaha untuk mengumpulkan buku-buku yang hendak dibuang diMalaysia amat terbatas sekali kerana soal-soal logistik.

Disinilah kelab-kelab belia MAYC dapat memainkan peranan untuk mengumpulkan buku-buku yang hendak dibuang untuk disalurkan kepada “book village” yang sedia ada di Pulau Langkawi dan Negeri Melaka.

Atau kelab-kelab belia itu sendiri dapat mewujudkan perkampongan buku masing-masing sebagai sebahagian dari aktibiti kelab mereka.

Richard Booth berada di Malaysia selama dua minggu atas jemputan Yayasan Buku Malaysia yang dipengerusikan oleh Tan Sri Sanusi Junid

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: