MAHATHIR/SANUSI – PENGALAMAN KAMI SAMA

(Petikan ucapan Tan Sri Sanusi Junid di UUM 8hb Mach lalu di Perlis.)

Selain dari persamaan berada di Langkawi pada tahun yang sama, kami juga mempunyai tarikh lahir yang sama iaitu 10 Julai walau pun perbezaan antara umur kami ialah 18 tahun.

Mungkin kerana perbezaan umur maka di waktu Tun Dr. Mahathir menjadi pemimpin MAYC di peringkat kebangsaan, sebagai Naib Presiden, saya menjadi ahli Kelab Belia Seremban, yang aktif bermain ping-pong, yang menjadi kelab gabungan MAYC.

Waktu saya baru menjadi ahli UMNO pada 13 Oktober, 1963 Tun Dr. Mahathir sudah pun terkenal sebagai pejuang bangsa dan telah menjadi ahli UMNO sejak tahun 1946.

Waktu saya menjadi Setiausaha Dewan Peniagaan Melayu Negeri Sembilan pada tahun 1965 Tun Dr. Mahathir sudah menjadi Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Waktu saya menghadiri Konvensyen Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia waktu di bawah pimpinan Dato’ Senu, pada tahun 1965, Tun Dr. Mahathir sudah menjadi pembentang kertas-kerja. Menteri Besar Perlis Penghulu Jaafar pun turut hadir dalam konvensyen itu, yang diadakan di Morib, Selangor.

Bila saya menjadi Ahli Parlimen mulai tahun 1974 Tun Dr. Mahathir sudah jadi Menteri Pendidikan. Bila Tun Dr. Mahathir jadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1978 saya menjadi Timbalan Menteri, seterusnya bila Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri pada tahun 1982 saya menjadi Menteri.

Tetapi, dalam satu hal saya mendahului Tun Dr. Mahathir iaitu saya berhenti jadi Menteri Besar Kedah dan Tun Dr. Mahathir pula ‘ikut contoh saya apabila beliau kemudiannya’ berhenti dari menjadi Perdana Menteri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: