PERJUMPAAN VETERAN MAYC MALAYSIA DENGAN VETERAN NEGERI

Seramai 50 orang veteran dari pusat dan waki-wakil negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Perak dan Kedah dijangka akan menghadiri perjumpaan saliturahim pada 14hb April 2011 jam 7.00 malam di kediaman Senator Datuk Akbar Ali di Ozana Villas, Air Keroh, Melaka.

Untuk tahu arah kekediaman tersebut semua veteran boleh menghubungi Datuk Akbar di talipon no: 019 232 5410. Kediaman beliau hanya lima minit dari plaza tol Air Keroh. Hanya belok ke kiri di lampu trafik pertama selepas dataran warisan dan zoo Melaka.

Majlis akan dimulai dengan solat magrib dan tahlil selepas itu. Sewaktu makan malam Pmg Presiden Datuk Nasir Safar akan berucap dan akan disusuli dengan perbicangan umum. Adalah dijangka berbagai isu akan dibangkitkan dalam perbincangan tersebut terutama sekali yang bersangkutan dengan perkembangan MAYC sekarang ini.

2 Responses

  1. Kepada,

    Profesor, Doktor, Dato’, Datuk, Tan Sri, Tuan,

    MEMOHON SUMBANGAN ARTIKEL ILMIAH UNTUK WEBSITE BRIGED BAKTI MALAYSIA

    Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

    Untuk makluman tuan, Pertubuhan Briged Bakti Malaysia (BBM) adalah sebuah NGO yang terlibat secara serius dalam kerja-kerja sosial, pendidikan, dakwah dan bidang-bidang kesukarelawan. Sebagai sebuah badan yang prihatin dengan isu-isu kemasyarakatan, kami ingin memohon kesudian tuan menghantar artikel ilmiah untuk ruangan ‘penulis tamu’ dalam portal website Briged Bakti Malaysia.

    2. Tujuan kami memohon artikel tersebut adalah dengan harapan buah fikiran dan cetusan idea dalam artikel tersebut akan menjadi pencetus dan dorongan kepada masyarakat di luar sana agar memahami dan sekaligus mendekatkan diri dalam kerja-kerja kesukarelawan dan kemanusiaan yang pada masa ini kurang mendapat sambutan dari masyarakat di luar sana.

    3. Besarlah harapan kami, agar tuan dapat menyumbangkan artikel dalam skop atau konteks (pendidikan, kepimpinan, dakwah atau kemanusiaan) yang berkaitan dengan kerja-kerja kesukarelawan. Tuan boleh menghantar artikel berkenaan pada email : khairialattas@gmail.com atau kepada bbakti.m@gmail.com atau boleh juga alamatkan kepada : Briged Bakti Malaysia Cawangan Kelantan, Lot 2864-A, Tingkat 1, Wisma al-Hikmah, Tanjong Mas, Jalan pengkalan Chepa, 15400, Kota Bharu, Kelantan. Tel : 09-7714377 Fax : 09-7714377.

    Kami berharap agar permohonan ini akan dapat dipertimbangkan dengan sebaik-baik mungkin oleh tuan. Kerjasama dan keprihatinan tuan, kami dahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih.

    Sekian, harap maklum.

    “SEDIA BERBAKTI”
    ‘ILTIZAM KAMI: UNTUK MELAHIRKAN SUKARELAWAN PROFESIONAL’
    Yang menjalankan amanah,

    DATO’ DR. RUSDI B. ABD. RAHMAN
    Pengerusi Briged Bakti Malaysia,
    Cawangan Kelantan.

  2. Majlis Penerangan Gagasan 1 Malaysia, Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera oleh Kelab Veteran MAYC dengan kerjasama UMNO Bahagian Parit Sulong dan NGO yang akan disempurnakan oleh YBhg Dato’ Mohd Nasir bin Safar akan diadakan pada 26.10.11 mulai jam 2.30 petang di Dewan Kampung Sungai Nibong Simpang, Semerah, Batu Pahat, Johor. Semua dijemput hadir. Sebarang pertanyaan hubungi Mohd Ismail bin Roslan, Naib Pengerusi Kelab Veteran MAYC Johor di talian 019-7167388. Harap maklum dan terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: