MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA

JKK telah selesai mengadakan mesyuarat bulanannya semalam dengan dipengerusikan oleh Datuk Nasir Safar selaku Pemangku Presiden.

Seramai enam orang telah hadir dan telah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Sanusi Junid yang telah menerajui kelab sejak ianya ditubuhkan dua tahun lalu.

Satu majlis makan malam akan diadakan untuk meraikan beliau pada bulan Jun sebaik sahaja Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib dapat memberikan tarikh yang sesuai.

Majlis yang akan diadakan di PWTC Kuala Lumpur ini dijangka akan dihadiri oleh 500 orang tetamu daripada 1000 orang yang akan dijemput.

Berbagai-bagai acara akan diadakan untuk meraikan para hadiri yang kebanyakannya terdiri dari veteran-veteran MAYC.

Satu Jawatankuasa Kecil telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Datuk Mohd Yusoff Hamid.
Mesyuarat juga telah berseutuju untuk mengadakan perjumpaan dengan kelab-kelab veteran negeri pada 14hb April 2011 jam 7.00 malam.di kediaman Senator Datuk Akbar Ali di Ozana Villas, Air Keroh, Melaka.

Majlis akan dimulai dengan solat magrib, tahlil, dioa selamat dan bersaliturahim dengan JKK veteran negeri. Setakat ini hanya Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Perak dan Kedah sahaja yang telah menubuhkan kelab diperengkat negeri.

Sementara itu usaha-usaha akan terus dijalankan untuk menubuhkan kelab veteran dinegeri-negeri yang belum lagi menubuhkannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: