SIAPA PUN BOLEH MEMIMPIN

MAYC Kebangsaan memerlukan seorang pemimpin yang bukan sahaja mampu membawa organisasi ini dalam senario yang baru, malah harus menjadikannya relevan dalam situasi sekarang dimana masalah belia sudah banyak berubah.
    
Pemimpin ini bukan sahaja harus faham tentang sejarah MAYC, malah harus dapat menggunakannya sebagai wadah perjuangan yang baru dan bererti kepada masyarakat dari mana ianya datang.
    
Diantara Akramsyah Sanusi dan Mustapa Mat Arop, masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan tertentu dan harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh MAYC disemua perengkat, negeri, Cawangan atau pun kelab. Sekiranya mereka berdua dapat memimpin MAYC Kebangsaan sebagai satu pasukan, maka MAYC dijangka dapat  maju ketahap yang jauh lebih bagus dari dahulu.
   
Ini termasuklah mengadakan program-program yang khusus dapat membawa belia-belia MAYC kearah yang lebih cemerlang dan berguna kepada masyarakat Malaysia.
   
Untuk dapat kedua pemimpin ini berkerjasama sebagai satu pasukan, maka mereka harus berunding sebagai anggota keluarga dan mengadakan mesyuarat agung bersama untuk memberi peluang kepada semua ahli memilih pemimpin mereka dan tidak lagi bergantung kepada keputusan Panel Pertikaian KBS yang tidak kunjung tibanya.

One Response

  1. Seranan Sdra Taib Wahab agar kedua pihak i.e Akramsyah Sanusi dan Mustapha Mat Arop bermesyuarah dan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk memberi peluang kepada ahli-ahli MAYC memilih pemimpin melalui mesyuarat agung agar tidak bergantung kepada keputusan Penal Pertikaian KBS patut disambut baik oleh semua pihak.
    Sebagai pemimpin Veteren MAYC, kita mahu melihat agar perjalanan kesinambungan MAYC ditentukan oleh ahli-ahli dan bukan dua tiga orang pegawai Kementerian yang berkemungkinan tidak mempunyai kefahaman luas tentang perjuangan MAYC dan tidak mempunyai (“spirit” ) semangat MAYC, dan berkemungkinan boleh dipengaruhi oleh pihak-pihak yang berkepentingan..
    Pemimpin-pemimpin MAYC di semua peringkat negeri harus bertindak bijak dengan mengutamakan kepentingan MAYC sebagai sebuah Organisasi yang ulung untuk menyatu dan memperjuangkan hak dan kepentingan belia masa kini. Jangan biarkan dua tiga orang pegawai kementerian menentukan masa depan MAYC !
    Anda semua boleh melakukannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: