MESYUARAT JKK KELAB VETERAN

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang pertama kalinya dipengerusikan oleh Datuk Nasir Safar  selaku Pemangku Presiden KVMM akan diadakan pada Rabu 16hb Mach 2011 jam 5.00 petang di Eastin Hotel, Petaling Jaya.

Mesyuarat ini akan membuat kerja-kerja kemas kini aktibiti kelab dan merangka program acara bersama PM Najib yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2011. Satu Jawatankuasa Kerja Kecil telah ditubuhkan dan dianggotai oleh Datuk Mohd Yusuf Hamid, Taib Wahab, Maznah Abdullah dan Ruslan Zainal Abidin untuk menggelolakan program ini.

Mesyuarat juga akan membincangkan kemajuan yang telah dicapai untuk memperkenalkan kad ahli/debit yang akan di edarkan  kepada semua ahli KVMM. Kad ini akan memberi kemudahan kepada pemegang untuk mendapatkan kemudahan perkhidmatan sebagai warga emas saperti rawatan perubatan, diskaun dan lain-lain lagi.

Penubuhan kelab-kelab veteran dinegeri-negeri yang belum lagi menubuhkannya juga akan dibincangkan dalam mesyuarat ini. Sehingga ini hanya Wilayah Persekutuan, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak sahaja yang sudah menubuhkan kelab veteran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: