Kepimpinan Dalam Organisasi Belia

diubahsuai dari karya oleh MOHD FADZLI ABU BAKAR

 

Dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi, pemimpin perlu proaktif melalui aspek keberkesanan gaya kepimpinannya terhadap ahli.

Seorang pemimpin tidak semestinya hanya seorang Pegawai Tinggi  ataupun seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi. Tetapi mereka yang mampu mempengaruhi organisasi ke arah pencapaian matlamat juga boleh diklasifikasikan sebagai pemimpin berasaskan kemampuan
memimpin menggunakan kebijaksanaan, kemahiran, pengalaman dan
sebagainya.

Kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi.  Teori Kepimpinan Laluan Matlamat (Path Goal Theory) yang diperkenalkan oleh Robert House mencadangkan bahawa tingkah laku pemimpin seharusnya dilihat sebagai suatu tindakan yang boleh memotivasikan ahlinya.

Seorang pemimpin perlu menguatkan hubungan di antara gaya kepimpinannya dengan perwatakan belia dan agenda tugas sesebuah organisasi. Dengan ini, pemimpin akan memahami bahawa  belia itu  akan termotivasi sama ada dalam keadaan merasa berkemampuan
untuk mencapai sesuatu tugas yang diberikan; ataupun mereka dapat menjangkakan hasil kerja yang akan disiapkan; ataupun berkepercayaan tentang aspek penghargaan yang akan diberikan berkaitan hasilnya.

Justeru, adalah menjadi cabaran kepada seseorang pemimpin untuk menggunakan gaya kepimpinan terbaik bagi menemukan titik keperluan motivasi ahlinya. Pemimpin perlu menyediakan elemen-elemen yang difikirkan dapat mengisi keperluan belia bagi mencapai
matlamat organisasi.

Teori Laluan Matlamat menggariskan tentang empat gaya kepimpinan yang boleh dimanfaatkan untuk memotivasikan pekerja iaitu:
Pertama: Kepimpinan berorientasikan arahan (Directive Leadership)

Ia dikaitkan dengan gaya menyampaikan atau memberi penjelaskan kepada belia . Pemimpin memberikan arahan mengenai sesuatu tugas. Dengan menyertakan mengenai apakah harapannya berkaitan tugas tersebut. Pemimpin juga turut memberikan klu mengenai bagaimana tugas itu
boleh disempurnakan dan juga penetapan waktu yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya. Arahan yang baik disampaikan kepada belia  secara spesifik supaya pekerja mendapat gambaran awal dan kefahaman yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang diberikan.

Kedua: Kepimpinan berorientasikan sokongan (Supportive Leadership)

Ia merujuk kepada tingkah laku memberi pertimbangan kepada belia. Iaitu dengan gaya beramah mesra dan prihatin sebagai seorang pemimpin. Tingkah laku ini bertujuan untuk mewujudkan suasana berorganisasi yang menyenangkan kepada belia. Di samping itu, seorang pemimpin melayan belia tanpa berdasarkan mobiliti sosial dan turut menghormati status kedudukan mereka. Gaya kepimpinan ini mampu mewujudkan suasana mesra agar belia termotivasi dengan penuh rela hati bagi melaksanakan sesuatu tugasan.

Ketiga: Kepimpinan berorientasikan penyertaan (Participative Leadership)

Gaya ini pula merujuk kepada pemimpin yang mengalu-alukan penyertaan belia untuk mereka berkongsi menetapkan sesuatu keputusan. Pemimpin membuka ruang untuk rundingan kepada belia  agar mereka dapat menyumbang idea serta pandangan.  Begitu juga dengan peluang
untuk meningkatkan cadangan dalam sesuatu keputusan berdasarkan persetujuan organisasi.

Keempat: Kepimpinan berorientasikan pencapaian (Achievement-Oriented Leadership)

Kepimpinan dengan gaya ini memberikan cabaran kepada belia untuk melaksanakan tugasan pada peringkat tertinggi kemampuan mereka. Pemimpin akan sentiasa mencari peningkatan dan pencapaian yang berkesinambungan. Ini melalui langkah menyatakan keyakinan yang tinggi bahawa belia  mempunyai kemampuan untuk mencapai matlamat bagi cabaran tersebut.

Teori Laluan Matlamat tidak mengongkong seseorang pemimpin untuk menggunakan hanya satu gaya kepimpinan sahaja. Sebaliknya terbuka kepada penggunaan pelbagai gaya mengikut kesesuaian situasi.  Cuma ia lebih tertumpu kepada pemberian motivasi kepada belia  agar
mereka lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas dengan sempurna.

Bagi merealisasikan agenda pembangunan sesuatu organisasi  melalui program yang tertentu aspek kepimpinan adalah elemen yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Pemimpin berperanan membentuk organisasi yang berkesan dari pelbagai sudut, terutamanya dalam memotivasikan belia.  Motivasi belia perlu diperbaharui dari semasa kesemasa agar pencapaian tugasan dalam organisasi terus meningkat dan berkesinambungan.
Kecemerlangan dalam pembangunan organisasi adalah terhasil melalui kecemerlangan modal insan dalam setiap organisasi.

Setiap organisasi terutamanya pergerakan belia  perlu diperlengkapkan dengan pengetahuan mengenai gaya kepimpinan. Demikian agar persekitaran kerja yang kondusif dapat diwujudkan. Pencapaian dalam tugasan sesebuah organisasi juga akan lebih meningkat dengan pemantauan serta keprihatinan para pemimpin yang terdapat di dalam sesebuah organisasi.

Kesimpulannya:  pemimpin perlu mengarah (directive) jika sesuatu tugasan yang dihadapi adalah kompleks; sekiranya tugasan bersifat kurang mendesak, gaya menyertai (participative) pula boleh digunakan; jika belia  mempunyai keinginan ke arah kecekapan berganda, gaya
berorientasikan pencapaian (achievement oriented) boleh dimanipulasikan; manakala gaya berasaskan penyertaan (participative) pula digunakan bagi belia  yang memerlukan kawalan.
Sesuaikan gaya kepimpinan anda!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: